Ayam bahagian drumnet ini memang sedap sebab isinya lembut. Salah menu yang enak untuk bahagian ini selain goreng adalah drumnet ayam bakar pedas manis.
Kalau masak begini biasanya tak sempat nasi masak, dah licin diratah. Memang sedap. Jadi jika masak, buat banyak terus supaya puas makan. Selain drumnet, boleh juga gunakan bahagian kepak ayam.
Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Victoria’s Choice.
Bahan-bahan:
1 kg ayam bahagian drumnet
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu secukupnya
Bahan rempah:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3. Susunkan ayam di dulang ketuhar. Kemudian masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Bakar kali pertama pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas drumnet ayam dan bakar lagi selama 10 minit.
5. Akhir sekali, campurkan madu dengan drumnet ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan (lebih kurang 10 – 20 minit, Bergantung pada ketuhar).
6. Keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada digoreng dengan minyak.
INFO : Rasa manis dan pedas boleh ikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba.
Sumber: Victoria Choice’s