Cara Buat Fishball Homemade. Hasilnya Memang Lebih Sedap, Kenyal, Lebih Rasa Ikan

Share

Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.

Jika selalu rasa was-was sebegini ada baiknya kita belajar hasilkan sendiri. Dikongsi oleh Tahrunnisah Jali, homemade fishball ini sudah terjamin bersih, rasa ikan lebih banyak dan juga sama kenyal seperti fishball dijual di pasaran. Jom buat!

Buat sendiri fishball, tak ragu-ragu nak makan

Bahan-bahan 

-300gm – ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
-2 sudu kecil tepung jagung
-Garam dan serbuk perasa ikut cita rasa
-1/2 sudu kecil lada sulah
-1/2 cawan hingga 3/4 cawan – air sejuk dalam peti ais

Cara membuat

  1. Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik, ambil isinya sahaja.

2. Kisar isi ikan hingga hancur.

3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah. Kisar sekali.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tak likat dan tak lembik sangat.

5. Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil adunan sikit-sikit dan letak (lempar lembut) ke dalam bekas tu. Buat banyak kali sehingga rasa adunan kenyal dan berkilat serta licin.

6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambar). Keluarkan
bebola fishball antara dua jari.

7. Ambil fishball guna sudu dan masuk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam dalam 15 minit).

8. Kemudian barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung).

Hasilnya sama macam beli di kedai.

Selamat mencuba!!

Published by
VK