Lauk pauk dimasak cara Minang memang tak dinafikan sedap sebab itu ramai yang sanggup beratur panjang di restoren ini. Salah satu yang enak adalah gulai ayam Minang.
Jika terasa menikmatinya di rumah boleh juga buat sendiri, caranya dikongsi oleh Makcik Ratu.
Cara buat gulai ayam Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong
2 batang serai diketuk
3 ruas jari lengkuas -diketuk
5 helai daun limau purut -diramas
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
2 biji kentang -dibelah
1 kotak kecul santan
Garam, serbuk perasa
Bahan kisar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah (ikut citarasa)
2 ruas jari halia
3 ruas jari kunyit hidup
3 biji buah keras – bakar atau sangai dulu
1 batang serai
Ads
Cara membuat
1. Ayam digaul dengan kunyit dipotong bakar dulu ayam sampai masak dalam airfryer.
Ads
2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, kemudian masukkan lengkuas, serai yang diketuk, daun limau, daun kunyit, asam keeping dan kentang.
Ads
3. Bila kentang empuk masukkan ayam dan tambah santan. Gaul sebati.
4. Masukkan garam, dan serbuk perasa. Masak hingga gulai terbit minyak. Boleh juga masukkan tomato ceri.
Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
1. Cuci dulu kotoran
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
2. Seeloknya waktu dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
3. Mula dari bahagian belakang dulu
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Gosok lembut
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
5. Siram perlahan-lahan
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Sebaiknya bapa
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
7. Elak bahagian muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
8. Hati-hati bahagian pusat
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
9. Lap sampai kering
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Jajan kerepek gunting atau jejari udang ini memang layan kalau dimakan. Rasanya yang rangup dan pedas akan buat kita tak boleh berhenti bila dah mula makan.
Sambil tengok tv noleh habis sebalang jika tak dikawal. Memandangkan sekali makan pun boleh habis, elok juga kalau kita buat sendiri jajan ni.
Cara membuatnya tak susah mana dan dikongsi oleh Ummi Hawa. Untuk hasilkan bentuk panjang ini boleh guna mesin mee tapi jika tiada guna cara original, canai nipis dan gunting, macam stail dulu-dulu.
Buat sendiri kerepek gunting, jajan pedas rangup
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum (jenama apa pun boleh)
Segenggam udang kering/ udang kepai*
Ikan bilis tak sampai segenggam*
Telur 1 biji*
Jintan manis 1 sudu kecil teh*
Jintan putih 1 sudu kecil teh*
Serbuk kunyit 1 sudu dadih*
Cabai – ikut tahap pedas yang dikehendaki*
2 labu bawang besar*
Bawang putih 7 ulas*
Gula, garam secukup rasa*
Daun kari – tak sampai segenggam
Cara membuat:
1. Daun kari tadi digoreng dan ditos.
2. Kisar semua yang bertanda dengan air secukupnya.
3. Selepas hancur, masukkan daun kari dan kisar lagi tapi jangan sampai lumat sangat.
4. Tuang bahan yang dikisar dalam tepung kemudian uli hingga menjadi doh.
5. Canai dalam mesin mi. Mula-mula no. 1 kemudian no. 3 dan seterus no. 4 atau 5.
6. Dah siap boleh goreng hingga kekuningan atau kemerahan. Angkat dan tos. Simpan dalam bekas kering.
TIP
– Jika doh melekat pada mesin itu tandanya bancuhan lembik. Kena tabur tepung lagi hingga jadi sedikit keras supaya jadi macam kepingan.
Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Tapi lepas tahu tip ini mungkin situasi ini takkan berlaku lagi.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
Situasi jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana memikirkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.