Gulai daging buku besar ini selalu dihidangkan dalam majlis kenduri kahwin satu ketika dulu. Memang sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi briyani dan acar.

Menggunakan rempah kerutup, gulai daging buku besar ini juga enak dijadikan lauk dengan nasi putih atau pun lauk untuk pulut kuning. Bagi yang dah lama tak merasa gulai daging ini bolehlah masak sendiri di rumah. Caranya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.

Cara Buat Gulai Daging Buku Besar, Guna Tip Ini Supaya Daging Juicy Dan Tak Keras

Bahan-bahan

2 kg daging – dipotong besar-besar
Rempah 4 sekawan
2 keping gula nissan
2 keping asam keping
4 sdb rempah kerutuk
250 ml santan
Garam dan serbuk perasa
2 labu bawang besar potong baji

Ads

Bahan kisar

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang holland
5 tangkai cili kering
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sdb ketumbar
2 inci kunyit hidup

Cara membuat:

1. Tumiskan rempah empat sekawan hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.

Ads

2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan daging yang dipotong besar.

3. Kacau hingga rempah kerutuk meresap masuk dalam daging. Selepas itu masukkan nisan dan asam keping.

Cara Buat Gulai Daging Buku Besar, Guna Tip Ini Supaya Daging Juicy Dan Tak Keras
Foto Linda Md Yusuf via Facebook Masak Apa Hari Ni

4. Masukkan air, masak hingga daging empuk dan kuah pekat.

Ads

5. Setelah itu masukkan santan dan biarkan kuah pekat sedikit.

6. Bila kuah dah pekat masukkan bawang holand yang dipotong baji.

7. Biarkan bawang sedikit layu. Tambahkan garam dan perasa. Siap untuk dihidang.

TIP
  • Bagi memastikan daging tak keras dan juicy boleh gunakan daging tempatan lembu kampung. Selepas tumis rempah semua masukkan air masak sampai kering air, tambah lagi buat sampai 3 kali. Jika daging sudah lembut buat sekali saja.
  • Beza dengan masak gulai daging buku besar dengan kerutup, gulai ini tak menggunakan kerisik seperti kerutup.
  • Rempah kerutup boleh gunakan jenis timbang yang dijual di pasar ataupun jenama Adabi

Sumber: Rozmaliza Omar

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI