Makan

Cara Buat Gulai Ikan Masin Tumis Darat, Aromanya Harum Sungguh, Sedap Dah Tentu!

Share

Selain ikan segar, ikan masin juga sedap dibuat gulai. Nak tambah sedap buat gulai ikan masin tumis darat.

Kelebihan tumis darat ini adalah rasa gulai lebih sedap dan aromanya harum sangat. Lauk ini memang tak sesuai untuk mereka yang diet. Memang akan menambah nasi.

Bagi yang nak buat untuk lauk tengah hari, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.

Cara buat gulai ikan masin tumis darat

Bahan-bahan

2-3 ekor ikan duri masin/ikan talang masin (rendam, basuh dan tos untuk kurangkan masin)
4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O'(jenama lain pun boleh)
1 sudu makan serbuk cili
3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa atau 1 kotak kecil santan segera bersama 3 cawan
2 cubit gula
Sedikit bahan perasa jika suka
Sedikit garam(jika perlu)
1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
Terung bulat/panjang potong 4
Kacang panjang -dipotong

Bahan kisar
1 1/2- 2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit air

Bahan tumis darat
1 biji bawang besar hiris nipis
3 ulas bawang putih(hiris)
3 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
5 tangkai cili kering (potong serong)
2 senduk minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

1. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula, sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit supaya rempah masak elok.

2. Masukan santan, apabila mula mendidih masukan terung bulat. Bila terung sudah lembut masukkan ikan masin. Guna api sederhana dan kacau selalu untuk elakkan pecah santan.

3. Bila kuah mula menggelegak masukkan kacang panjang. Selepas sayuran lembut, sesuaikan rasa. Jika kurang masin tambah garam. Kemudian tutup api. Ketepikan.

4. Dalam kuali lain, panaskan minyak tumis bahan tumis darat hingga agak garing.

5. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam bahan berkuah tadi dengan minyaknya sekali. Siap

Selamat mencuba.

Sumber: Mariana Zainal

 

Published by
VK