Makan

Cara Buat Gulai Kosong Yang Sedap, Boleh Makan Dengan Nasi, Roti, Cucur, Apapun Boleh

Share

Bagi yang suka makan nasi dengan kuah atau suka menyicah, gulai ini sesuai untuk korang. Kuah gulai kosong yang sedap dan boleh dimakan dengan apa saja.

Nak makan dengan nasi, roti canai, roti jala, roti keping, roti perata atau cucur pun boleh. Gulai kosong ini kalau dah ada memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dan boleh makan dengan nasi.

Cara buat gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang

7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia

Bahan rempah

3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili

Bahan lain

1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa

Cara membuat

1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.

2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.

3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.

4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.

5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.

6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.

7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.

Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.

Sumber: Lee Na

 

Published by
VK