Kalau makan keropok, jemput bawang atau ikan bilis memang tak sah kalau tak pencicah ni.
Rasanya pedas, masam dan manis memang sedap. Kalau biasa beli saja sos ini rupanya boleh saja nak buat sendiri sebab caranya senang sangat macam yang dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah
Resipi boleh buat sambil goyang kaki
Kali ni nak kongsi resipi sos pencicah pulak. Resepi sambil goyang kaki je. Tak susah pun. Pedas, masam manis menyengat rasanya setiap kali masuk mulut.
Sesuai untuk cicah keropok, ayam bakar, udang dan sotong celup tepung, kerang rebus dan lain-lain. Ala, macam sos pencicah yang kat kedai tom yam .
Ads
Bahan-bahan:
Cili besar dan cili burung
Bawang putih
1 cawan gula organik
1 sudu besar garam pink
1 sudu besar cuka
Sos ikan(jika suka)
1 sudu tepung jagung untuk memekatkan.
1. Kisar cili bersama bawang putih yang dipotong kasar
2. Jangan terlampau halus sebab kita nak ada kepingan cili tu.
Ads
3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
Ads
5. Masakkan atas api yang sederhana besar sehingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
6. Tunggu sehingga sejuk dahulu baru masukkan dalam botol.
7. Yang dah siap masuk botol. Recycle je botol sos yang dah habis.
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur masin yang cukup mudah.
Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Tadi berbuka bersama telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.
Sedang pandu kereta, tiba-tiba cermin kereta terkena batu yang melantun. Nampak kesan retakan atau crack. Mula-mula kecil tapi kemudian melarat jadi panjang.
Kalau macam ni sah cermin kena tukar. Kalau ada mengambil perlindungan insurans untuk cermin kerta mungkin tiada masalah, tapi jika tiada akan merumitkan.
Satu alternatif untuk untuk atasi masalah ini adalah dengan DIY saja. Ya kita boleh baiki sendiri cermin kereta yang retak ini.
Caranya dengan menggunakan pek wind screen repair kit yang ada dijual. Dikongsi oleh abamrongg_oe yang menggunakan Dr Crack, wind screen repair kit, ini cara yang boleh digunakan untuk baiki sendiri cermin kereta yang retak. Termasuklah retak yang panjang.
1. Kenal pasti jenis crack, tujuan untuk kenal pasti crack dari dalam dari dalam atau luar.
2. Ambil resin dan titis pada cotton swab.
3. Ratakan pada tempat crack, ikut saja garisan retak. Ulang langkah 2 dan 3 ini sampai ke hujung crack.
Semasa meratakan resin pada retak kita juga dah nampak perbezaannya.
Kemudian letak lagi resin dan tampal curing tab sepanjang retakan.
Dah siap jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
4. Cabut curing tab.
5. Kemudian kikis kesan resin menggunakan razor blade.L ap sampai bersih dan anda dapati kesan retakan akan hilang.
Untuk video penuh boleh tonton di TikTok abamrongg_oe
Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Tanam sawi dalam nutripot lagi mudah
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
DIY nutripot untuk tanam sawi
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...