Ikan bakar ada macam-macam versi, ada yang cuma kosong hanya garam dan kunyit dan ada juga menggunakan bahan perapan. Tapi apapun caranya ia tetap sedap.
Satu lagi cara olahan ikan bakar yang enak adalah ikan bakar sumbat rempah ratus. Tak ada air asam untuk cicah pun sedap dah, aromanya pun harum sebab dibakar dengan daun kunyit.
Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Fannil Nadzirah ini. Menurut beliau, ikan bakar ini adalah resepi dari keluarganya.
Menu rare kluarga kita, ikan bakar sumbat rempah ratus resepi Madura. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibelah belakang.
Daun kunyit – untuk balut ikan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
5 biji buah keras
9 biji lada putih (tak nak pedas kurangkan)
Asam jawa – ikut cita rasa
3 biji cili hidup/besar merah
2-3 helai daun limau purut
Cara membuat:
1. Tumbuk lumat atau kisar bawang, buah keras, cili dan lada putih.
2. Kemudian tumis hingga masak, perasakan dengan asam jawa, garam dan gula.
3. Carikkan daun limau dan masukkan dalam tumisan. Dah masak elok tutup api dan biarkan sejuk.
4. Tumisan yang dah sejuk boleh disumbat dalam perut ikan.
5. Balut dengan daun kunyit dan bakar hingga masak sama ada atas dapur atau dalam oven.
Selamat mencuba.
Sumber: Fannil Nadzirah