Ikan sambal memang jadi hidangan biasa kita sehari-hari. Tapi kalau selalu buat menu ini je bosan juga, kita cuba buat ikan sambal yang lain sikit. Ikan kembung masak pedas Ala Thai. Ikan ini sambalnya tak guna bawang merah kisar dan ada rasa serai dan limau purut sikit, memang sedap.
Jika nak cuba, boleh ikut perkongsian Muza Muzawati.
Ini cara saya
Bahan-bahan
Ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
Daun limau purut -dihiris
Bawang holland -dihiris
Bahan kisar
Cili merah
Cili hijau
Cili padi merah
Cili padi hijau
3 batang serai
6 ulas bawang putih
Bahan sos
Sos ikan
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Gula
Air secukupnya
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis, bahan kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan semua sos dan gaul rata. Tak perlu tambah garam kerana sos dah masin.
3. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Agak-agak saja. Biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng. Gaul rata, siap!
INFO: Sambal ini tak gunakan bawang merah kisar macam ikan sambal yang biasa kita buat. Hanya bawang putih saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Muza Muzawati