Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.
Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.
Cara buat ikan pari bakar
Bahan-bahan
3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
Daun pisang
Aluminium foil
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut -dimayang halus
Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
3 batang cili besar
4 batang cili padi
Ads
Cara membuat
1. Cuci bersih ikan pari dan tos.
2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.
3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.
Ads
5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.
6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.
Biasanya di rumah kita beli banyak jenis sabun untuk membasuh baju. Jadi alangkah eloknya kalau barang ini ada rak sendiri, letak setempat.
Lagi senang rak yang tinggi sikit, supaya tak perlulah terbongkok bongkok cari sabun pada lantai. Selamat pun ya juga kalau ada anak kecil. Takdelah dijadikan barang mainan. Paling penting nampak tersusun.
Rak ini pun boleh saja kita buat sendiri, lagi jimat guna paip PVC saja macam perkongsian Mohd Hafizallah Ariffin ini.
DIY rak mesin basuh letak barang dari paip PVC
Senarai barang yang digunakan ialah :
Penyambung ‘L’ pipe pvc – RM0.47 sebiji(beli di kedai Mr.DIY) (2 biji x 0.47 = RM0.94)
Penyambung ‘T’ pipe pvc – RM0.66 sebiji(beli di kedai Mr.DIY) (12 biji x 0.66 = RM7.92)
Siku ‘L’ besi – Rm 2.00 sepeket(beli di kedai Eco)
Papan – RM8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di Ikea) (2 papan × 8.00 = RM16.00)
Kalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom, eloklah belajar tanam sendiri.
Tak perlu susah cari pasu, jika di rumah ada kotak polesterin ini pun boleh tanam. Lagi merimbun! Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Tanam pokok selom dalam kotak polisterin
Saya kongsi cara tanam pokok selom dalam polisterin. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tanam pokok kesom. Sebab kedua jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembap dan berair.
1. Kotak polisterin
Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.
2. Penyediaan tanah
Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.
3. Penyediaan keratan batang selom
Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.
Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.
Ini pokok yang ditanam pertengahan Mei lalu
Ini keadaannya pada 27 Jun lalu, merimbun
4. Pembajaan
Saya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Saya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.
Selamat mencuba. Ini adalah cara saya. Orang lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yang kita tanam hidup dan dapat merasa hasilnya.
Daun pandan memang banyak kegunaan dalam masakan, sebab itu ramai yang menanamnya di rumah. Jika baru nak cuba menanam pokok pandan ini dalam pasu, boleh ikut perkongsian dari Irma Sheky supaya hasilnya merimbun dan segar.
Cara tanam pokok pandan dalam pasu merimbun segar
1. Sediakan medium iaitu campuran tanah top soil 50% cocopeat 40%, sekam bakar 5%, dan tanah sawit 5%. Gaul sebati.
2. Isi tanah dalam pasu atau polibeg. Kemudian siram dengan air dan biar semalaman.
3. Keesokan hari, buat lubang tengah pasu, masukkan anak pokok pandan. Sebaiknya pilih anak pokok yang sederhana besar dan berakar (jika ambil dari batang tanpa akar, rendam pangkal pokok dalam air sehingga tumbuh akar kemudian barulah ditanam).
4. Masukkan anak pokok tadi dalam lubang pasu dan kambus. Ratakan tanah dalam pasu, pastikan pokok stabil.
5. Siram anak pokok pandan dan letak pasu di tempat separuh redup.
6. Siram 2 kali sehari sehingga keluar anak, boleh guna air basuhan beras atau atau basuhan ikan.
TIP: Supaya pokok pandan rimbun, jangan petik selagi belum keluar anak supaya tak terbantut proses tumbesar pokok.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video cara penanaman pokok pandan dalam pasu.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...