Makan

Cara Buat Ikan Pari Bakar Dengan Sambal Sedap Dan Mudah

Share

Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.

Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.

Cara buat ikan pari bakar

Bahan-bahan

3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
Daun pisang
Aluminium foil
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut -dimayang halus
Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah

Bahan kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
3 batang cili besar
4 batang cili padi

Cara membuat

1. Cuci bersih ikan pari dan tos.

2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.

5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.

6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.

Selamat mencuba

Sumber: Erma Azizie

Baca: Peniaga Makanan Laut Kongsi Tip Pilih Ikan Pari Segar & Punca Ikan Berbau Hancing

Baca lagi: Cara Buat Ikan Pari Asam Pedas Melaka Asli Dengan Kuah Pekat, Sedap & Padu

 

Published by
VK