Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
Ads
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.
Ads
Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd
Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
Ads
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.
Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Selain kaya, sapuan mentega kacang atau peanut butter sentiasa ada di rumah. Bila nak makan roti waktu pagi sapuan inilah yang dicari. Memang sedap.
Tapi sekarang harga peanut butter ini pun dah mahal, apatah lagi jika versi dicampur dengan coklat. Sebagai alternatif boleh juga kalau kita nak buat sendiri.
Mungkin ramai yang belum tahu, cara buat peanut butter ini mudah sangat. Cuma ada 3 langkah dan jika mahu yang sihat bahannya lagi mudah cuma perlukan kacang saja.
Jika nak cuba, Nurul Zhafarina berkongsi caranya. Peanut butter homemade ini memang lebih enak, rasa kacang asli.
Cara buat peanut butter homemade, lebih sedap. Modal kacang saja
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade .
❌ tak ada GULA
❌ tak ada GARAM
❌ tak ada MINYAK
Peanut butter sihat ini harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah. Boleh cuba
3 langkah buat peanut butter versi sihat
1. Sangai kacang dalam air fryer suhu 180 darjah lebih kurang 15-18 minit. Saya guna lebih kurang 300++gram kacang shandong tanpa kulit.
2. Tunggu kacang sejuk.
3. Blend sampai keluar minyak ( guna blender kering). Siap!
INFO
3 langkah tapi makan masa bergantung kepada pengisar. Untuk dapat tekstur yang ‘creamy’ atau berminyak begini kacang perlu dikisar lama.
Peanut butter ini versi sihat tapi jika nak manis boleh tambah gula semasa mengisar.
Antara masalah yang selalu terjadi berkaitan mesin basuh adalah sambungan paipnya tidak kemas dan menyebabkan air menitis atau tiris.
Bagi yang berdepan masalah sambungan paip mesin basuh ini, boleh gunakan tip berguna perkongsian Kamariah Hashim.
Masalah sambungan paip mesin basuh
Kerap juga nampak soalan pasal sambungan paip mesin basuh. Saya share tip nak bagi mudah;
1. Cari pili yang khas untuk mesin basuh. Yang saya ada ini memang developer dah siap pasangkan tapi air keluar ikut sambungan hujung. Pakai whitetape je, settle.
2. Tapi leceh juga nak cabut dan tukar kalau nak pakai air untuk paip lain, lagipun quick connector untuk garden hose tak boleh sambung ke adapter mesin basuh. Ditambah pula rumah ini guna pam dari tangki dan pressure sangat kuat, kalau tanggalkan hose pada pili, air terus terpercik kena plaster ceiling. Habis ceiling kalau kerap kena air. Nak kurangkan pressure dalam paip mesin basuh terpaksa pulas dan longgarkan yang di mesin basuh, sangat leceh!.
3. Penyelesaiannya saya beli lain yang ada 2 outlet, cabut adapter dari pili asal dan pasang pada pili baru.
4. Selain adapter khas mesin basuh, sebenarnya boleh juga guna adapter untuk quick connector. Paip mesin basuh boleh melekat elok dan takde leaking mengikut ujian saya ini.
5. So belajar dari kesilapan saya, anda boleh gunakan pili kebun yang ada 2 outlet siap-siap. Tak payah susah cari adapter. Kalau ada masalah tak ngam, boleh cuba tukar adapter pada pili atau paip mesin basuh.
Cuti sekolah dah bermula mesti ramai yang rancang untuk bercuti. Selain bajet, selalu yang memeningkan bila nak holiday dengan anak-anak adalah waktu nak packing barang.
Tambah pula anak kecil ramai lagi kalut. Kalau boleh semua nak bawa, itu dilema mak-mak. Supaya tak angkut barang banyak dan tak tinggal juga keperluan yang penting boleh ikut panduan packing yang dikongsi oleh Susun Atur Sioca.
Tip packing famili 6 orang, bawa 3 beg besar saja
Tip packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tip ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap
-Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
-Beg bersiap pula dari Mr Diy.
-Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
✅ beg beras
✅ periuk nasi travel
✅ sudu siap bekas
✅ alas makan
✅ suplemen wajib
✅ beg membasuh
✅ penyapu mini
✅ plastik sampah
Beg swimming.
Dalam beg swimming ada barang-barang ni.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.