Makan

Cara Buat Ikan Rebus Versi Thai, Makin Lama Simpan Makin Sedap

Share

Ikan rebus antara lauk orang tua dulu yang kembali popular sekarang ini. Ikan yang direbus dengan garam atau pun asam keping ini memang sedap bila digoreng. Boleh ratah begitu saja.

Tapi kalau nak rasa ikan rebus yang berbeza, boleh cuba buat ikan rebus versi Thai pula. Kalau cara kita hanya guna garam dan asam keping, tapi mengikut resipi perkongsian Vi Ibi Haji Ariffin

ini untuk menyediakan ikan rebus Thai banyak bahan lain yang direbus sekali bersama ikan.

Ikan rebus versi Thai

Cara penyediaan

1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang, masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan limau purut 15 helai ke dalam periuk.

2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

3. Rebus selama setengah jam, guna api kecil saja. Cuba rasa air rebusan sekiranya masin atau manis sangat tambahkan air panas.

4. Ikan rebus ini makin lama simpan dalam peti makin sedap. Bila nak makan boleh terus goreng.

Sumber: Vi Ibi Haji Ariffin

 

Published by
VK