Selalu buat ikan sambal saja, kali ini kita buat pulak ikan sambal Thai. Rasa memang lain dari ikan sambal yang kita buat kerana bahan yang bukan setakat cili dan bawang saja.
1. Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2. Ini bahan utama. Kalau nak pedas, tambah lebih. Semua bahan ni dikisar pakai chooper. Kalau tak ada chooper, boleh pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil jadi kasar.
3. Pakai minyak goreng ikan tadi saja. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak maksudnya minyak dah bertakung atas sambal.
Ads
4. Masukkan 2 batang serai.
5. Masukkan daun limau. Batang tengah buang nanti pahit.
6. Tambah sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, dan mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama saja.
Ads
7. Masukkan 1 sudu sos ikan (gambar sotong)
8. Gula somtan 1 sudu. Kalau tak ada guna gula putih.
9. Perah limau nipis satu biji. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah, sebab sos ikan dah masin
Ads
10. Nak letak bawang silakan, tak nak pun tak mengapa.
Antara hidangan menggunakan taucu yang sedap adalah ikan masak taucu. Paduan rasa masin, manis dan pedas boleh buat kita terus makan sampai lupa tentang diet. Lauk ini kena ada kuah lebih sikit baru terasa keenakannya.
Satu lagi jika nak ikan masak taucu ini jadi lebih sedap ada satu lagi bahan yang kena letak iaitu sos ikan. Tip ini diturunkan oleh Nana Sabrina Sarsan dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.
Cara buat ikan masak taucu jadi lebih sedap
Ini cara saya buat ikan masak taucu. Saya tambah 1 bahan ni agar ikan taucu jadi lagi sedap, aroma memikat hingga lupa diet.
Bahan-bahan
-Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan.
-Bawang merah, bawang putih & halia -dikisar
-Air asam jawa
-Air secukupnya
-Sos ikan (ini bahan penyedap ikan masak taucu)
-Garam, gula dan serbuk perasa
-Kicap lemak manis (sedikit saja)
-Taucu (basuh dahulu supaya tak terlalu masin)
Bahan hiasan
-Bawang holand, cili merah dan hijau, serta daun bawang yang dihiris.
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan taucu.
2. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jika suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan.
3. Kemudian masukkan sos ikan (sedikit sahaja), garam, gula dan serbuk perasa dan kicap. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati dan akhir sekali masukkan ikan, biar sebati dengan kuah seketika kemudian boleh tutup api. Siap!
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, kita digalakkan untuk berjimat cermat dan berbelanja ikut kemampuan.
Jika anda seorang yang boros berbelanja tak perlu risau, perkongsian dari seorang wanita Mis Watie Resaliza ini yang memberitahu cara berhemah ketika berbelanja supaya dapat menyimpan setiap bulan.
Menurutnya dia menyimpan baki perbelanjaan dapur dalam plastik disertakan dengen tarikh.
Cara dipraktikkan ini bukan saja mampu elak diri membeli barangan bukan keperluan, tetapi juga dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan.
Packing Baki Duit Ikut Tarikh
Caranya:
– Packing baki duit lauk yang suami bagi seperti ini. boleh elakkan membeli barangan yang bukan keperluan.
– Jika beli sarapan atau minum pagi, jika ada duit baki, suami akan hulurkan dan terus tercetus idea untuk packing setiap hari.
– Sebelum ini jika tidak menyimpan duit baki berkenaan, semua baki akan masuk dalam beg duit dan digunakan untuk membeli barangan disukai.
– Apabila cukup sebulan jumlah akan dikira. Tidak kisah berapa jumlahnya, yang penting ada duit simpanan setiap bulan.
Bagi yang memandu kereta, kita memang kena bersedia untuk parkir di pelbagai lokasi. Ada masa kita kena parkir kereta di kawasan yang agak mencabar dan kurang selamat.
Tapi dek kerana tiada pilihan terpaksa juga meletakkan kereta di kawasan tersebut. Antaranya parkir di lokasi berbukit atau kawasan curam. Silap cara kereta boleh mengundur atau menggelongsor ke depan. Sebab itu ada yang sampai letak bata untuk elak kejadian ini berlaku.
Sebenar tak perlu cari bata atau batu sebagai penyendal kalau parkir di kawasan berbukit sama ada menurun atau menghadap bukit. Apa yang perlu, kita kena tahu cara betul dan selamat untuk memarkir di kawasan ini.
Berikut adalah cara yang betul dan selamat sekiranya perlu memarkir kenderaan di kawasan curam atau berbukit:
1. Tinggalkan ruang
Jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit, pastikan anda meninggalkan ruang di belakang kenderaan. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kenderaan kemudian.
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, tinggalkan ruang di hadapan kereta, ia juga untuk memudahkan anda mengeluarkan kereta kemudian.
2. Teknik pusing tayar
Pusingkan tayar hadapan ke arah berlawanan daripada tembok tepi jalan jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit (rujuk gambar).
Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, pusing tayar hadapan menghadap tembok tepi jalan (rujuk gambar di bawah).
Cara ini menghalang kereta anda mengundur ke belakang atau maju ke hadapan jika kenderaan bergerak, di mana tembok berfungsi sebagai penghalang.
3. Guna gear yang betul
Selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan dan tukar gear daripada mode D kepada P bagi kereta automatik.
Bagi kereta manual, selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan. Tukar kepada gear reverse jika parkir menuruni bukit, dan tukar kepada gear 1 jika menghadap bukit.
4. Sebaiknya pilih parkir di tempat yang lebih selamat
Jika ada pilihan, sebaiknya elak dari parkir kereta di lokasi berbukit atau curam terutama jika keadaan cuaca hujan lebat. Sekiranya air deras melalui kawasan ini ada kemungkinan terjadi tanah runtuh.