Sedapnya kalau dapat makan ikan bakar macam ni, mewah sambal perapan. Takde air asam pun tak mengapa.
Cara nak buat senang. Ikan siakap siang siap-siap di pasar, cuma kisar perapan dan bakar atas pemanggang ajaib.
Langkahnya dikongsi oleh Ana Mariana Ismail. Boleh guna ikan selain siakap, ayam, udang atau sotong.
Cara buat ikan siakap bakar dengan sambal perapan yang sedap
Bahan perapan
1 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan)
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
1 inci halia
1 batang serai
Sedikit minyak masak atau minyak zaitun
Sedikit air
Garam dan secukup rasa
Sedikit madu (jika suka)
Ads
Cara membuat:
1. Bersihkan ikan, belah dua supaya semua bahagian serap perapan.
2. Kisar semua bahan cili kering, bawang, kunyit, halia dan serai bersama sedikit air.
3. Kemudian tuang atas ikan siakap yang dah dibersihkan. Letak garam, gula dan madu. Perap kejap ikan tadi.
Ads
4. Alas pemanggang dengan daun pisang kemudian bakar, percikkan sedikit minyak. Balikkan bila satu bahagian dah masak.
5. Sementara ikan bakar masak, lebihan perapan tadi panaskan hingga pekat. Kemudian tuang atas ikan bakar yang dah siap masak.
Ads
Siap, tak perlu cicah air asam dah
TIP
Tak perlu tutup pemanggang untuk elak berwap dan lambat masak.
Rumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Kenapa petunia asyik layu, ini sebab yang perlu anda tahu
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.
Foto Nurseri Klang
1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Periksa pokok dan tukar medium / tanah jika perlu. Pokok bunga petunia yang ada di nurseri selalunya telah lama dan mempunyai akar yang penuh di dalam pasu.
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Tips penjagaan supaya petunia sentiasa berbunga
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Baru saja lap habuk di permukaan kabinet, rak, almari, meja dan perabot lain dalam rumah tapi lepas sehari dah penuh semula dengan habuk.
Kalau biar seminggu memang makin tebal dan jelas kelihatan habuk ini. Paling tidak memang kena lap 2 atau 3 kali dalam seminggu supaya nak nampak kekal bersih.
Tapi kalau kita tiada masa untuk bersihkan habuk ini dengan kerap ada cara yang boleh dipraktikkan. Caranya waktu lap habuk sembur sekali dengan bancuhan 3 bahan ini supaya habuk tak melekat pada permukaan. Tip ini dikongsi oleh Jason Jezi.
1. Caranya sediakan bahan berikut;
2 sudu cecair pencuci 2 sudu cuka 1 sudu minyak zaiton Sedikit essential oil (untuk bau harum) 1 cawan air
2. Campur semua bahan dan masukkan dalam botol penyembur.
3. Sewaktu mengelap habuk sembur sekali cecair ini. Hasilnya habuk akan tak mudah melekat pada permukaan. Jadi kurangkan kerja mengelap kita.
4. Selain untuk kegunaan dalam rumah, boleh juga sembur dan lap bancuhan ini dalam dashboard kereta untuk fungsi yang sama.
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.
Ini kerana kita menyangka ketika proses face verification hanya bahagian wajah yang dirakam. Sebenarnya sangkaan kita ini salah.
Pakai elok-elok waktu buat face verification
Menurut perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Nordin ketika face verification bukan saja wajah dirakam tapi juga bahagian badan.
Untuk itu pesannya terutama sekali Muslimah, pakailah pakaian menutup aurat atau lengkap kerana imej ini akan disahkan oleh manusia dan bukanlah komputer atau robot semata-mata.
“Kalau kamu buat face verification dekat mana-mana apps, walaupun arahannya cuma suruh letak muka dekat frame, sebenarnya dia tetap ambil gambar selfie menyeluruh termasuk kepala dan badan.
” Gambar ini ada yang akan ‘di verify’ oleh manusia. Maksudnya ada orang lain yang tengok gambar selfie kamu untuk tujuan verification (tugas mereka memeriksa gambar sama ada sepadan atau tidak dengan IC).
“Jadi tolonglah pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung.
“Sebab ramai yang buat face verification dengan tanggapan proses ini cuma diperiksa robot. Jadi mereka ambil gambar laju-laju dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia.”
Diakui pekerja bank
Dalam pada itu di ruangan komen perkara ini turut dipersetujui oleh Leena Shaari yang bekerja di institusi perbankan.
“Saya kerja bank dan YA, perkara ini betul. Saya buat verification muka. Ada saja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet buat verify.
“Kalau yang teruk sangat saya reject saja walaupun muka nampak macam dalam IC. Sbb nanti gambar tu bank simpan as data sampai bila2. Walaupun tutup account. Bank simpan data tu online, selamanya,” katanya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...