Ikan cencaru sumbat atau belah belakang memang hidangan tengah hari yang menyelerakan. Tambah dengan sayur goreng dah lengkap menu.
Tapi bila buat ikan ini biasanya waktu menggoreng isi atau sambalnya akan terburai menyebabkan minyak dan ikan jadi sedikit kehitaman dek sambal hangus.
Rupanya ada lagi satu cara untuk buat ikan sumbat yang confirm takkan terjadi masalah sambal terkeluar. Sebaliknya sambal elok terletak dalam ikan yang dibelah.
Caranya dikongsi oleh Siti Hajar MN.
Cara buat ikan cencaru sumbat tapi isi tak terkeluar
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibersih dan dibelah belakang
Cili kisar
Bawang putih – ditumbuk
Serai – ditumbuk halus atau blend
Asam jawa -bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula (bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan dengan asam)
Cara membuat:
- Campur bahan semua dan masak tanpa minyak atas api sehingga cili pekat dan kering air. Ketepikan.
2. Kemudian goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang.
3. Dah siap goreng, sumbat sambal yang dah siap dimasak tadi dalam ikan cencaru goreng tadi. Siap boleh terus boleh makan.
TIP
Jika sambal menggunakan kelapa dan mahu goreng sekali dengan ikan letakkan putih telur pada sambal yang siap disumbat dalam ikan. Kemudian goreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Hajar MN