Makan

Cara Buat Jeli Rambutan. Makan Sejuk Sejuk Memang Sedap

Share

Kalau di rumah ada banyak pokok rambutan dan hasilnya makan tak habis, boleh gunakan untuk buat jeli rambutan pula. Jika selalu makan jeli kelapa jika cuba guna buah ini pula.

Cara membuat jeli rambutan ini pun ringkas dan untuk tambah keenakannya boleh letak hirisan buah yang segar. Sedap dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais. Makan waktu cuaca panas memang sesuai sangat.

Cara buat jeli rambutan

Bahan-bahan

1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
20 gm agar-agar
10 cawan air(kalau suka lembut tambah air)
10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 helai daun pandan

 

Cara membuat

1. Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sederhana dalam 20 minit

2. Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.

3. Masuk daun pandan dan agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar agar sudah hancur masuk kan gula.

4. Selepas mendidik lagi sekali, tutup api. Tapis dan terus tuang dalam cawan.

5. Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.

INFO: Sukatan ini untuk 20 cawan kecil.

Sumber: Normah Bahari via MAHN

 

Published by
VK