Sardin dalam tin selain dimasak sambal atau digoreng, ia juga boleh juga dibuat gulai. Sama ada gulai lemak atau kari.
Kalau berhajat nak masak kari guna sardin dalam tin ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Wan N Wan M. Kari ini tak menggunakan santan mahupun bawang merah seperti kebiasaan namun rasanya cukup sedap. Boleh dimakan dengan dengan nasi atau dicicah dengan roti atau roti nan pun enak.
2 biji tomato potong dadu
8 ulas bawang putih
3 biji lada hijau besar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1 tin sardin
Garam dan gula secukupnya
1. Kisar lada hijau dan bawang putih guna chopper saja. Jangan hancur sangat. Boleh juga ditumbuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih & lada hijau yang dikisar kasar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, kacau.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan setengah cawan air.
5. Masukkan sardin 1 tin termasuk semua sosnya sekali.
6. Masukkan gula 1 sudu kecil & garam setengah sudu kecil.
Masak sampai menggelegak. Siap!
Kari ini tak menggunakan santan tapi jika ingin menggunakannya boleh saja. Tanpa santan pun kari ini dah cukup sedap sangat.
Sumber: Wan