Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.
Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.
Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…
Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Ads
Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.
Ads
2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Ads
Tengok pun dah tau sedap, meriah coklat
TIP
Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Saya tak alas penutup sebab air tak masuk dalam loyang.
Kek ini ramai penggemarnya, paling best dapat yang kenyal dan banyak lubang atau sarang. Jika rasa teringin boleh ikut resipi Jah Joe ini.
Kalau ikut cara yang dikongsi oleh bancuh cuma pakai sudu saja dan tak perlu perap pun untuk dapat lubang yang banyak tu.
Menurut Jah Joe, dia sudah mencuba banyak resipi kek sarang semut namun resipi yang diambil dari Puan Nooraini Mohd Nor ini sedap, tak manis sangat dan tak perlu perap.
Kek sarang semut, penuh sarang
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar majerin
Sehelai daun pandan
Masak gula hingga bertukar warna coklat.
Pastikan api kena kecil, kemudian masukkan air panas dan daun pandan.
Dah larut tutup api masukkan majerin. Biarkan adunan suam. Ketepikan
Bahan B:
4 biji telur B
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung ubi*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu teh soda bicarbonate (jangan membukit)
Ayak tepung gandung, tepung ubi dan soda bikarbonat. ketepikan.
Pukul telur, esen vanilla dan susu. Saya guna sudu saja.
Kemudian masukkan tepung yang diayak dan adunan telur tadi serta air gula hangus suam secara berselang seli sehingga habis.
Kemudian tapis masukkan dalam acuan.
Bakar di dalam oven, saya guna 150 ‘c api bawah selama 50 minit dan api atas selama 5 minit.
Ini antara hasil mereka yang dah cuba resipi ini. Terbukti menjadi
Orang perempuan kalau di dapur boleh buat banyak kerja satu masa. Boleh jadi waktu memasak, pada masa yang sama basuh kain juga.
Kadang-kadang boleh terlupa yang dimasak atas dapur hingga rentung berasap. Kalau periuk murah takpe lagi tapi kalau yang rentung itu periuk kegemaran yang mahal memang menyesal tak sudah.
Kalau berlaku kejadian begini ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
Dari luar nampak buah elok cantik tapi bila potong, buruk dan berulat di dalam. Memang frust, apa lagi kalau kali pertama boleh berbuah. Ia boleh jadi pada pokok buah jambu, mangga, ciku, cili, limau dan sebagainya.
Buah yang berulat ini berpunca daripada serangan lalat buah. Supaya kita dapat hasil buah yang elok, kena hindarkan serangan perosak ini terlebih dahulu.
Caranya dengan buat perangkap lalat buah menggunakan botol plastik. Boleh ikut perkongsian dari Iszaynuddin Abd. Hamid untuk membuatnya.
Cara buat perangkap lalat supaya buah tak buruk atau berulat
1. Sediakan botol air mineral terpakai kemudian cat bahagian luarnya. Seterusnya buat lubang pada sekeliling botol. Boleh panaskan screw driver untuk buat lubang ini. Boleh juga gunakan bola plastik.
2. Ambil kapas dan titis hormon feromon cecair pemikat lalat buah ini. Lalu masukkan kapas dalam botol kemudian tutup. Cecair pemikat lalat buah ini boleh beli di Shopee.
3. Sapukan bahagian luar botol yang dicat tadi dengan gam untuk serangga. Gam ini juga boleh beli di Shopee.
4. Kemudian boleh gantung botol pada pokok buah. Bau feromon ini akan menarik minat lalat buah untuk datang dan seterusnya melekat pada gam.
NOTA: Jika pokok tidak diserang lalat buah, tak perlu membuat perangkap ini. Jika dilakukan ia seperti jemputan kepada lalat buah untuk menyerang buah pada pokok.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...