Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.
Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.
Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…
Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Ads
Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.
Ads
2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Ads
Tengok pun dah tau sedap, meriah coklat
TIP
Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Saya tak alas penutup sebab air tak masuk dalam loyang.
Musim hujan ini ubi kayu pun banyak dan murah jadi apa kata kita buat hidangan berasaskan bahan ini. Salah satu yang sedap dimakan adalah getuk ubi kayu. Cicah dengan sambal kicap, gula atau sambal semuanya sedap.
Biasa kuih getuk ubi kayu ini kita beli kan, kali ini kita buat sendiri pulak. Caranya dikongsi oleh Shahmila Radha.
Buat sendiri getuk ubi kayu
Bahan bancuhan tepung
1 cawan tepung beras
2 Sudu tepung jagung
Garam setengah sudu teh
Gula – ikut cita rasa
Air – secukupnya
Bahan untuk getuk ubi kayu
Ubi kayu (rebus dan lenyekkan)
3 senduk besar kelapa parut
3-4 sudu Besar gula pasir
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
Satukan bahan bancuhan tepung dalam satu bekas, gaul sampai sebati. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair. Dah siap ketepikan.
2. Seterusnya bahan ubi disatukan dan gaul semua sampai sebati. Adunan ini memang lembut.
3. Gula pasir boleh letak ikut selera masing-masing. Kalau suka manis lebihkan.
4. Taburkan tepung gandum atas dulang supaya tak melekat. Bentuk adunan jadi bebola macam dalam gambar. Panaskan minyak, celup dengan adunan tepung tadi dan goreng guna api sederhana.
5. Angkat bila dan kekuningan. Tos dan boleh dinikmati.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
Bagi memudahkan anda dan hasilnya juga cantik, 6 stail gantung gambar pada dinding ini boleh dijadikan panduan.
1. Spiral
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
2. Centered
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
3. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
4. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
5. Staircase
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
6. Nine square
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Dapat minum teh tarik atau teh ais yang kaw memang nikmat. Tak kira waktu pagi, petang atau malam.
Tapi bila nak pekena teh tarik kita akan pergi kedai sebab bila buat di rumah rasanya banyak yang kurang.
Sebenarnya nak hasilnya sendiri teh tarik yang sedap ini kena tahu caranya dan ada bahan yang perlu dimasukkan selain teh dan susu. Nak tahu caranya boleh ikut perkongsian Rozana Mamat.
Teh tarik sedap kaw kaw
Hari ini bukan nak share makan tapi cara masak air teh kaw-kaw. Rasa macam yang buat jual tepi jalan tu. Cuma guna 5 bahan yang memang dah sedia ada di rumah kita.
Bahan-bahan
-500ml air
-4-5 uncang teh (lagi banyak lagi kaw)
-Susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
-1/2 tin susu cair (nak lagi lemak, letak lebih)
-1sk esen vanila
Cara membuat:
1.Didihkan air dan masukkan teh uncang.
2. Masukkan susu pekat ikut kemanisan yang diingini bersama,susu cair &esen vanila. Biarkan mendidih seketika. Tutup api, siap!
3. Boleh tarik dan hidangkan waktu panas
4 . Jika nak buat teh ais, biar air teh sejuk kemudian tambah ais.
INFO: Fungsi esen vanilla untuk bau teh tarik yang wangi dan mengundang selera.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...