Kek ini ramai penggemarnya, paling best dapat yang kenyal dan banyak lubang atau sarang. Jika rasa teringin boleh ikut resipi Jah Joe ini.

Kalau ikut cara yang dikongsi oleh bancuh cuma pakai sudu saja dan tak perlu perap pun untuk dapat lubang yang banyak tu.

Menurut Jah Joe, dia sudah mencuba banyak resipi kek sarang semut namun resipi yang diambil dari Puan Nooraini Mohd Nor ini sedap, tak manis sangat dan tak perlu perap.

Kek sarang semut, penuh sarang

IKLAN

Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar majerin
Sehelai daun pandan

  • Masak gula hingga bertukar warna coklat.
  • Pastikan api kena kecil, kemudian masukkan air panas dan daun pandan.
  • Dah larut tutup api masukkan majerin. Biarkan adunan suam. Ketepikan

Bahan B:

4 biji telur B
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung ubi*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu teh soda bicarbonate (jangan membukit)

  • Ayak tepung gandung, tepung ubi dan soda bikarbonat. ketepikan.
  • Pukul telur, esen vanilla dan susu. Saya guna sudu saja.
  • Kemudian masukkan tepung yang diayak dan adunan telur tadi serta air gula hangus suam secara berselang seli sehingga habis.
  • Kemudian tapis masukkan dalam acuan.
  • Bakar di dalam oven, saya guna 150 ‘c api bawah selama 50 minit dan api atas selama 5 minit.

Ini antara hasil mereka yang dah cuba resipi ini. Terbukti menjadi

Sumber: Jah Joe