Lauk kerabu ayam goreng, jarang dengar kan. Tapi memang ada dan boleh dibuat malah sedap. Rasanya masam, manis dan pedas, ia juga penuh dengan sayur.
Hidangan kerabu ayam goreng atau Yam Kai Sep dalam Bahasa Thai sesuai sangat untuk mereka yang sedang diet. Sedap diratah begitu saja tanpa nasi. Cara membuatnya dikongsi oleh Rozmaliza Omar
2 keping dada ayam – digaul dengan tepung Bestari dan goreng hingga kekuningan
1 labu bawang merah bombay
1 tangkai daun ketumbar
2 sdb beras pulut- digoreng tanpa minyak dan tumbuk
3 sdb jus limau
3 sdb sos ikan
2 sdb gula thai
1 sdb cili flakes
Salad
Kubis purple
Lobak merah
1. Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul hingga rata.
2. Masukkan bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong-potong. Gaul lagi hingga rata. Rasakan masam-masam pedas dan sedikit manis.
3. Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar. Siap!
Selamat mencuba
Sumber: Rozmaliza Omar