Cara Buat Kopi Ais Sedap Kaw Kaw. Nikmat Sungguh Bila Minum, Segelas Tak Cukup!

Share

Waktu tengah hari panas ni dapat minum air kopi ais kaw memang sedap. Dapat pula yang kopi pekat, manis dan rasa lemak sikit memang hilang dahaga. Minum segelas memang tak cukup.

Nak buat kopi kaw begini ada sukatan dan bancuhannya, dan hasilnya boleh jadi lagi sedap dari kopi yang kita minum di kafe mahal.

Jika teringin nak hirup kopi macam ni boleh cuba ikut perkongsian dari Ben Safwan ini ya.

Kopi ais sedap kaw kaw

Bahan-bahannya

2 sudu serbuk kopi premium (pilih roasted sederhana)
1 cawan susu cair
1/2 tin susu pekat
Air 1/2 cawan
Ketulan ais

Cara membuat:

1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Kacau dan biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.

2. Kemudian tambah 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat dalam jug. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air.

3. Biarkan air ais turun. Simpan dalam freezer, kemudian boleh minum. Ini sukatan untuk 1.6 liter.

4. Hasilnya…sedap kaw kaw.

Selamat mencuba!

Sumber: Ben Safwan

Published by
VK