Biasa Korean Garlic Bread guna roti buku, rupanya nak lagi senang boleh saja guna roti keping. Memang cepat siap, boleh buat untuk sarapan.
Cara buat Korean Garlic Bread versi cepat ini dikongsi oleh Haya Yahya. Waktu masak roti ini katanya bau roti ini memang sedap.
Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat. Bau garlic ni memang menusuk kalbu. Cara membuat seperti di bawah;
1. Sediakan adunan butter untuk celup roti. Bahan-bahannya;
Butter – 100 gm
Bawang putih- 5 ulas (cencang halus)
Telur – 1 biji
Madu – 2 camb
Daur parsley kering – sikit (jika ada)
2. Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata. Ketepikan.
3. Sediakan pula adunan cream cheese untuk letak dalam roti. Bahan-bahannya;
Cream cheese – 150gm (saya pakai jenama Tatura)
Susu sejat – 3 sb
Susu pekat manis – 2sb
4. Campur semua bahan cream cheese, kacau sampai rata.
5. Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
6. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
7. Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.
8. Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
9. Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Haya Yahya