Cara Buat Kuah Kacang Berdaging. Rasanya Memang Lagi Sedap Dari Kuah Kacang Biasa

Share

Selalu makan nasi impit dengan kuah kacang biasa, Syawal tahun ini kita buat lain sikit, kuah kacang daging.

Lagi sedap sebab dah ada lauk sekali di dalamnya dan air rebusan daging itu buat kuah kacang lagi umphh rasanya.

Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Asrinna Bakri.

Cara buat kuah kacang daging

Kuah kacang yang ada rasa dan tekstur, masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar skit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.

Bahan-bahannya :
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gulu putih

Cara-caranya :
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

2. Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

4. Masukkan kacang tanah, daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

TIP:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Selamat mencuba.

Sumber: Asrinna Bakri

Published by
VK