Cara Buat Kuah Kacang Yang Sedap & Pekat Untuk Makan Dengan Nasi Impit. Terangkat Rasanya!

Share

Nasi impit, kuah kacang memang hidangan wajib waktu raya. Boleh kata semua rumah ada menu ini untuk jamu tetamu.

Dapat pula kuah kacang yang pekat lagilah terangkat makan dengan nasi impit. Nak dapat kuah kacang yang sedap, pekat macam ni ada caranya. Boleh cuba ikut perkongsian Nurul Ateekah.

Cara buat kuah kacang sedap, pekat, terangkat!

Bahan-bahan:
500 gram kacang tanah(disangai atas api)
Minyak masak – 1 senduk
Air putih – 1 liter
Air asam jawa – 3 sudu
Gula putih – 250gram
Gula merah/melaka – 100gram
Garam – 1 sudu kecil
Cili kisar – 1½ senduk
Serai -2 batang
Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 Sen)
Bawang putih= 3 ulas
Lengkuas – 2 cm
Udang kering – 1½ sudu besar

Cara membuat:

1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api perlahan). Goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.

2.Kisar atau blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih, serai sehingga halus. Boleh masuk sekali cili kisar.

 

3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak mengunakan api sederhana.

4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.

5. Masukkan gula melaka atau gula merah. Gaul sebati.

6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam. Gaul sebati.

7. Masak mengunakan api sederhana sehingga kuahnya pekat. Masukkan gula putih dan perasakan ikut cita rasa.

Dah siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah

Published by
VK