Masuk bulan Syawal ini kita mula fikir menu untuk jamu tetamu yang datang beraya.
Kalau boleh yang sedap tapi simple. Salah satu yang boleh kita buat adalah kuey teow thng. Ha… Lain sikit menunya!
Cara membuatnya dikongsi oleh Fatyn Zamry. Menurut beliau ini adalah resipi original, Chinese Style.
Cara buat Kuey Teow Thng (original Chinese style) sedap dan mudah
Tengah fikir nak buat menu open house yang mudah tapi sedap ke tu? Jom try menu ni, seriuss sedap. Alhamdulillah tadi buat ramai puji cakap sedap. Korang try la!
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa)
Fishball & fishcake
Serbuk lada putih
Lada putih biji – ditumbuk
Sengkuang 1 biji – (saiz sederhana lebih kurang daging burger bulat)
Gula batu – jika tiada gula biasa pun ok
Serai 2 batang – diketuk
Batang saderi (optional)
Kiub pati ayam – 2
Garam & serbuk hilal
Taugeh, daun bawang
Cabai kicap
Mee/Kuey Teow/Mee segera/Bihun
Cara masak kuah
Ads
1) Dalam periuk berisi air, campur sekali ayam yang sudah dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yg telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.
2) Rebus hingga mendidih, masukkan serbuk Hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.
3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam thng nanti.
4. Tulang ayam masukkan semula dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!
Ads
4) Fishball and fishcake boleh dicelur atau goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Goreng sekejap, toskan. Potong nipis untuk dijadikan bahan topping.
5) Minyak bawang putih -bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali dengan minyak. Biar je, nak makan ceduk sesudu.
6) Cili kicap – goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas (jika kecil tambah lagi). Goreng sampai naik bau & tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap Mudim dan Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!
Ads
Dah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Try laa, seriuss sedap!
TIP: Fungsi masukkan sengkuang dalam kuah untuk menyedapkan rasa, manis yang natural.
Lepas mengundi mesti jari telunjuk akan warna hitam kerana celup dakwat. Ada yang suka sebab untuk pamer kat sosial media tapi ada juga yang rasa kotor. Tambah pula dakwat ini jenis lambat nak hilang walau dah cuci guna sabun.
Bagi yang tak suka jari hitam dek dakwat ini boleh praktikkan langkah ini. Tip ini sesuai untuk kulit korang yang tak sensitif.
1. Sediakan mangkuk, tuang cecair peluntur. Sukatan agak-agak cukup untuk satu jari yang hitam.
2. Kemudian gosok hingga warna hitam hilang. Cara ni 90 peratus dakwat hitam itu akan hilang.
Ada juga petua tambah sekali beberapa hirisan limau purut dalam cecair ini. Cara ini kesan dakwat hitam lebih cepat tanggal, seminit dah hilang.
3. Kemudian cuci bersih jari tadi boleh guna sabun mandi & lap kering. Boleh letak losen tangan atau badan untuk elakkan kulit jadi kering.
Bila bekerja kebanyakan kita akan ada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) untuk kegunaan hari tua. Tapi pada waktu pandemik ini mungkin ada yang diberhentikan kerja dan ambil keputusan bekerja sendiri demi kelangsungan hidup seperti berniaga online.
Sebaiknya walau pun tiada caruman automatik secara potongan gaji teruskanlah menyimpan walaupun sedikit. Supaya simpanan berterusan dan ada tambahan dividen.
Nak buat caruman sendiri pun tak susah, boleh guna online saja. Bagi pengguna Maybank boleh ikut step ini. Jumlah terserah kita, serendah RM10 pun boleh.
Panduan untuk buat simpanan KWSP melalui Maybank ini boleh ikut perkongsian Mastura Akhbar.
Cara buat self contribution EPF guna Maybank2u
1. Buka laman web Maybank, ini Maybank2u Classic . Masuk username dan id .
2. Pergi ke investment .
3. Pergi ke EPF.
4. Untuk yang belum daftar, pilih open EPF . Masukkan nombor EPF/KWSP dan detail lain yang diperlukan. Nanti detail akan kekal di situ, jadi jika mahu mencarum bulan seterusnya boleh tekan Registered Payment.
5. Ini caruman yang dah dibuat sendiri, tak perlu TAC pun.
6. Jumlah ini akan tertera dalam i akaun EPF dalam masa 3 hari bekerja. Nanti boleh semak selepas 3 hari bekerja.
Serbuk air minuman seperti Milo, Horlick, Nescafe, kopi memang sentiasa kita beli. Tapi yang menjadi masalah adalah waktu menyimpannya selepas dibuka dari kemasan.
Selepas dimasukkan dalam balang, jika lama tak digunakan ia akan mengeras. Kadang kala serbuk masih banyak tapi dah keras. Jadi satu masalah pula untuk keluarkannya bila jadi macam begini kerana perlu dihancurkan dulu.
Untuk elak perkara ini berlaku terutama untuk yang beli tapi jarang membancuhnya, boleh praktikkan tip mudah ini.
Cuma beli penyerap oksigen untuk makanan atau oxygen absober ini di kedai bakeri atau pun secara online.
Sewaktu tuang serbuk minuman dalam balang sama ada Milo, Nescafe atau apa juga serbuk termasuklah kopi, teh dan sebagainya letak sekali satu paket penyerap oksigen ini.
Cara ini serbuk minuman yang disimpan takkan keras kerana udara/oksigen yang jadi punca ia berlaku diserap.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...