Cara Buat Kuey Teow Thng, Original Chinese Style. Kena Letak Sengkuang Baru Kuah Lagi Sedap!

Share

Masuk bulan Syawal ini kita mula fikir menu untuk jamu tetamu yang datang beraya.

Kalau boleh yang sedap tapi simple. Salah satu yang boleh kita buat adalah kuey teow thng. Ha… Lain sikit menunya!

Cara membuatnya dikongsi oleh Fatyn Zamry. Menurut beliau ini adalah resipi original, Chinese Style.

Cara buat Kuey Teow Thng (original Chinese style) sedap dan mudah

Tengah fikir nak buat menu open house yang mudah tapi sedap ke tu? Jom try menu ni, seriuss sedap. Alhamdulillah tadi buat ramai puji cakap sedap. Korang try la!

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa)
Fishball & fishcake
Serbuk lada putih
Lada putih biji – ditumbuk
Sengkuang 1 biji – (saiz sederhana lebih kurang daging burger bulat)
Gula batu – jika tiada gula biasa pun ok
Serai 2 batang – diketuk
Batang saderi (optional)
Kiub pati ayam – 2
Garam & serbuk hilal
Taugeh, daun bawang
Cabai kicap
Mee/Kuey Teow/Mee segera/Bihun

Cara masak kuah 

1) Dalam periuk berisi air, campur sekali ayam yang sudah dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yg telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2) Rebus hingga mendidih, masukkan serbuk Hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam thng nanti.

4. Tulang ayam masukkan semula dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!

4) Fishball and fishcake boleh dicelur atau goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Goreng sekejap, toskan. Potong nipis untuk dijadikan bahan topping.

5) Minyak bawang putih -bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali dengan minyak. Biar je, nak makan ceduk sesudu.

6) Cili kicap – goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas (jika kecil tambah lagi). Goreng sampai naik bau & tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap Mudim dan Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!

Dah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Try laa, seriuss sedap!

TIP: Fungsi masukkan sengkuang dalam kuah untuk menyedapkan rasa, manis yang natural.

Selamat mencuba.

Sumber: Fatyn Zamry.

Published by
VK