
Isi Kandungan
ToggleKuih bakar ramai yang suka makan tapi ada juga yang teringin nak makan cuba tak berapa suka jika ada telur ataupun ada masalah alah dengan telur.
Supaya tetap dapat merasa kuih ini, apa kata buat saja sendiri kuih bakar tanpa telur. Walaupun tanpa satu bahan ini rasa dan tekstur kuih bakar tetap enak. Terutama sekali bahagian keraknya. Lagi tebal kerak lagi sedap.
Bagi nak cuba membuat kuih bakar tanpa telur ini boleh gunakan resipi yang dikongsi oleh Nuraishah Binti Ibrahim. Kata sekian lama mencuba membuah kuih bakar tanpa telur, namun resipi ini paling sedap dan menjadi katanya.
Cara buat kuih bakar tanpa telur
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 suku cawan gula
2 cawan santan
3 1/2 cawan air daun pandan
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dalam penisah dan kisar.
2. Sapukan loyang dengan marjerin tebal-tebal kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
3. Masukkan dalam oven yang dipanaskan dulu pada suhu 170 darjah selsius, kemudian bakar 40 minit atau sehingga berpuas hati dengan keraknya.
4. Tunggu kuih sejuk dulu kemudian baru keluarkan dari loyang.
Selamat mencuba.
Sumber: Nuraishah Binti Ibrahim
Bijak Ke Keluar Duit i-Sinar KWSP Untuk Beli Emas, Saham, Hartanah Atau Buat Bisnes?

Sejak permohonan i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuka dan dilonggarkan syaratnya, ramai yang sudah mengisi borang dan membuat perancangan dengan wang yang bakal diterima.
Selain digunakan untuk meneruskan kehidupan, melunaskan hutang ada ramai juga yang berhajat menggunakan wang tersebut untuk melabur, beli emas, saham, hartanah dan pelbagai lagi perancangan. Tapi bijak kah tindakan ini.
Sebelum buat keputusan itu sebaiknya kita baca dulu pandangan penasihat kewangan Afyan Mat Rawi tentang tindakan.
Sesuai tak beli emas/saham/hartanah guna duit i-Sinar KWSP
“Afyan, ok tak saya keluarkan duit KWSP tu untuk beli emas / saham / Bitcoin / hartanah.”
Ini antara soalan yang saya terima akhir-akhir ini. Apabila saya post semalam di FB, ramai juga yang ingin tahu sejauh mana kesesuaiannya. Baik, ini respon saya.
1. Suka saya tegaskan, fungsi asal KWSP adalah untuk persaraan. Dalam masa sama, majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi situasi getir ekonomi hari ini. Jadi, harapan yang tinggal hanyalah KWSP.
2. Jadi, dalam situasi krisis sekarang, pengeluaran wang KWSP adalah untuk keperluan bagi yang benar-benar terdesak dan kesempitan untuk teruskan hidup. Bezakan keperluan dengan kehendak. Gunakan untuk belanja harian, bukan untuk beli sport rim atau PS5.
3. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah, bukanlah perkara keperluan buat masa sekarang bagi orang yang terdesak. Beli beras dan isi perut ahli keluarga kita di rumah.
“Tapi Afyan, saya memang tak terdesak. Tapi saya nak ambil kesempatan dengan pengeluaran KWSP sekarang untuk pelaburan supaya dapat gandakan wang tersebut.
Rilekssss.. Baca seterusnya.
4. Berdasarkan laporan The Star 30 Mei 2016, CEO KWSP memberitahu bahawa hanya 20% pencarum yang keluarkan wang dana persaraan itu untuk unit trust, mendapat pulangan lebih baik berbanding KWSP. Bermakna selama ini KWSP Akaun 1 yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit trust, tidak ramai yang berjaya mendapat pulangan melebihi KWSP. Agak-agak kalau keluar 10k atau lebih, apa nasib mereka?
5. Niat untuk buat pelaburan adalah niat yang bagus. Namun bagi orang yang tidak ada sebarang ilmu pengetahuan untuk melabur, tiba-tiba dapat peluang 10K untuk melabur adalah umpama orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiba-tiba dapat peluang untuk naik motosikal untuk menunggang di lebuh raya. Agaknya apa yang akan terjadi?
6. Simpanan lebih mudah daripada pelaburan. Jika pelaburan ibarat menunggang motosikal, simpanan pula ibarat menunggang basikal. Jika basikal pun tak reti nak bawa, boleh ke nak nak bawa motosikal di lebuh ? Begitulah ibaratnya, simpanan pun majoriti orang kita gagal laksanakan, apatah lagi nak melabur?
7. Niat asal untuk melabur memang bagus, tapi ada kebarangkalian untuk rugi dan ada berkebarangkalian tinggi untuk dicairkan dan dikeluarkan bagi kegunaan lain berbanding kekal di KWSP yang “beku” sukar dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.
“Kalau begitu, saya nak guna duit 10k tadi untuk berniaga la”.
8. Sama macam pelaburan tadi, kalau orang yang tak pernah berniaga, tiba-tiba baru nak berniaga disebabkan dapat wang KWSP 10k, bakal menerima nasib yang sama. Malah, berdasarkan statistik, 70% bisnes tutup dalam masa setahun dan 90% bisnes tutup dalam masa 3 tahun.
9. Ada banyak pilihan untuk memulakan bisnes tanpa guna dan modal sebanyak itu. Boleh jadi ejen takaful, ejen unit trust, Marketing Representative, ejen Atomy, ejen affiliate yang tidak memerlukan modal besar. Kalau nak tau detail, boleh tanya di ruangan komen utk saya kongsikan peluang-peluang yang tidak memerlukan modal besar dan tidak mempunyai risiko yang besar.
“Alaaaa.. Tak minat la nak jadi ejen semua ni. Saya plan nak berniaga makanan. Duit 10k tu buat modal beli peralatan memasak dan peralatan gerai, nak buka secara kecil-kecilan tepi jalan. Makanan kan barang keperluan? Insya Allah tak rugi”.
10. Macam saya beritahu tadi, berdasarkan statistik, majoriti besar bisnes ditutup berbanding yang mampu survive. Jadi, tidak kira apa jua bisnes, risiko rugi lebih tinggi berbanding untung. Dalam bisnes dan pelaburan, rugi itu sudah dalam tangan, tapi untung belum tentu.
11. Kalau jak berniaga makanan, masih ada cara untuk mulakan tanpa modal. Contoh, nak berniaga nasi lemak. Tak semestinya kita kena beli bahan memasak nasi lemak, peralatan nasi lemak, peralatan gerai dan segala bagai baru boleh berniaga nasi lemak. Caranya ialah:
i- Mula-mula cari orang yang berniaga nasi lemak. Deal harga kalau buat belian dalam kuantiti yang banyak.
ii- Dari situ boleh buat anggaran harga untuk jualan. Nak kena beli dan jual ke? Tidak.
iii- Buat hebahan dan iklan dalam kepada rakan-rakan berdekatan, jiran-jiran untuk buat tempahan nasi lemak tadi.
Nampak? Modus operandi sama boleh digunakan untuk bisnes-bisnes makanan lain yang kita minat. Jika makanan yang tahan lama lebih mudah diuruskan.
12. Jadi, dalam situasi sekarang, pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan ilmu. Jika selama ini kita tak mampu nak menyimpan, selalu boros, duit gaji selalu habis tengah bulan, maka inilah masanya untuk kita RESET balik kehidupan dan kewangan kita. Jadikan PKP dan krisis Covid-19 ini sebagai medan muhasabah.
13. Barang diingat, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila keluarkan KWSP untuk kegunaan lain, maka wang tersebut akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.
14. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah adalah perkara yang bagus. Tapi kalau dapat lakukan semuanya tanpa perlu usik wang persaraan dan mulakan dengan ilmu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Gulai Telur Padang, Patutlah Sedap Letak Bahan Ini Rupanya

Isi Kandungan
ToggleGulai telur Padang antara lauk yang biasa kita masak. Ringkas tapi bila dihidang dengan ikan atau ayam goreng terus jadi enak.
Tapi jika inginkan gulai telur yang berbeza rasanya, boleh cuba gulai telur Padang. Seperti yang kita tahu masakan padang terutama berkait gulai memang tak dinafikan sedap-sedap belaka.
Kelainannya, gulai ini turut menggunakan daun salam serta buah keras. Mungkin inilah penyedapnya.
Cara buat gulai telur Padang
Bahan-bahan
7-8 biji telur ayam rebus(dibuang kulit)
1 kotak santan susu(coconut milk)
2 helai daun limau purut
1 helai daun salam
1 batang serai(diketuk)
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil garam
150ml air putih
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
1 tangkai cili merah
7 tangkai cili padi merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Halia(sebesar ibu jari)
Lengkuas(sebesar ibu jari)
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai,daun limau purut, daun salam, dan serbuk kunyit. Tumis hingga bahan-bahan masak.
2. Masukkan air, santan susu(coconut milk), garam dan serbuk perasa.
3. Kemudian masukkan telur dan masak sehingga mendidih serta sedikit pekat. Rasa gulai, boleh tambah apa yang kurang.
4. Selepas gulai terbit minyak boleh tutup api. Sedia dihidangkan.
Sumber:Nurul Ateekah
Artikel berkait: Buat Gulai Kunyit Telur Ayam Cara Orang Pantai Timur. Guna Cuka Supaya Telur Masak Cantik Tak Pecah
Pokok Sayur Dah Tua Tapi Buah Masih Banyak, Bersusun-Susun. Rahsianya Baja Kulit Buah Saja

Pokok sayur dah tua tapi buah masih banyak bersusun-susun, sampai tak ‘termakan’ hasilnya. Rahsianya cuma guna baja organik buat sendiri dari kulit buah!
Ini merupakan perkongsian Ridzuan Khalid yang bercucuk tanam di kediamannya. Mempraktikkan penggunaan baja kulit buah ini, beliau turut berkongsi cara pembuatannya.
1. Boleh guna kulit buah seperti pisang, tembikai, mangga, limau dan sebagainya. Pisang lebam buruk pun boleh! Paling bagus kulit pisang.
2. Masukkan kulit buah ini dalam bekas, dan campurkan dengan air tapi tak perlu banyak kerana akan ada banyak air keluar dari kulit buah.
3. Masukkan gula merah.Kalau malas bancuh gula merah beli je molasses (gula merah lembu). Peram selama 2 minggu tapi pastikan buat lubang pada penutup botol kerana ada gas terhasil. Nanti meletup pula.
4. Selepas 2 minggu dah boleh guna, tapi sebelum guna tapis terlebih dulu.
6. Sukatan penggunaan, guna penutup mineral water letak dalam 3/4 penutup saja. Campur dengan air penuh botol 1.5L kemudian bolehlah siram 2-3 minggu sekali. Hasilnya boleh dilihat dalam 2 minggu.
Nota: Jangan buang hampas peraman pada pangkal pokok. Layu pokok nanti.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ridzuan Khalid