Cara buat kuih gunting ini kena belajar kalau suka kuih raya yang rangup dan tak manis. Rasa rempah dan pedas-pedas manja memang buat kita ralit memakannya.
Tak sedar habis sebekas. Ini memang penangan kalau makan kuih gunting.
Kuih gunting ini lagi sedap kalau dibuat sendiri, supaya rasa pedas dan masinnya ikut cita rasa sendiri. Kelebihan buat kuih ini, boleh minta anak-anak pun boleh tolong terutama bahagian menggunting.
1 kg tepung gandum
250 gm marjerin
1 biji telur
1 kiub ikan bilis
Minyak
Daun kari – dipotong
Ads
Bahan dikisar
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
200 ml air untuk mengisar
50 gm ikan bilis
50 gm udang kering
Cili kering (kuantiti agak-agak saja)
10 gm garam
10 gm serbuk perasa
Langkah buat kuih gunting
1. Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.
2. Masukkan bahan kisar. Uli hingga rata, lalu masukkan daun kari yg telah dipotong.
3. Uli hingga doh tidak melekat lagi pada jari. Doh tidak terlalu lembik dan terlalu keras.
Ads
4. Bahagikan atau bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling. Canaikan doh.
4. Panaskan sekejap doh yang sudah dicanai dalam kuali non stick tanpa minyak. Tujuannya supaya doh keras dan mudah digunting. Sejukkan.
6. Kemudian boleh dipotong/digunting doh seperti pada gambar.
Tak rugi berbudi pada tanah kerana hasil sayuran ditanam boleh dimakan sekaligus menjimatkan belanja dapur.
Selain sawi, pak choy, sayur kangkung juga menjadi pilihan untuk bercucuk tanam.
Tidak sukar untuk menanamnya kerana kangkung boleh hidup subur jika kena caranya.
Perkongsian oleh Encik Acan Ca dari pageBerkebun Di Rumah ini boleh kita praktikkan untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan empat bahan saja.
1. Pastikan biji benih terendam pada paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam sampai tenggelam benih berkenaan.
Tabur biji benih pada kapas lembab.
2. Biarkan dan selepas 5 hingga 6 hari, semaian akan jadi begini.
Semaian lepas 5 hingga 6 hari.
3. Campurkan baja A+B dalam air, ikut umur pokok yang ditanam. Contoh 5 hari kena guna sukatan 500/600EC sukatan baja A+B. Manakala 15/20 hari pula sukatannya 800/1.0EC. Untuk sukatan baja A=B kena ada EC meter.
Sukatan guna EC meter.Cara sukatan baja A+B.
Info tambahan:
– Baja A+B boleh beli di Shopee. Biasanya jenis cecair, campurkan dalam air. Goncang dan kemudian tuangkan.
Baja A+B.
– Taburkan saja biji benih dalam penapis dan pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap dan bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
– Kalau tak mahu letak tisu, tabur saja biji benih dalam penapis tetapi jangan banyak. Untuk elakkan daun terbantut, kecil dan tidak lebar. Apabila sudah bertunas, cepat-cepat dedahkan kepada cahaya matahari.
Boleh juga kalau tak mahu letak tisu.
– Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air waktu pagi dan petang sekali.
– Ketika semaian jangan kena sinaran matahari, kalau sudah keluar daun, boleh kena sinaran matahari selama setengah jam sudah memadai pada cahaya matahari pagi.
Kalau suhu badan anak tinggi lebih 39 darjah selsius, selalunya doktor akan berikan ubat punggung atau biasa kita panggil ubat bontot.
Ubat ini lebih mudah diberikan pada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk cecair. Kerap timbul kekeliruan mengenai kekerapan pengambilan, bila nak ambil, cara betul nak masukkan ubat dalam bontot anak dan dos yang perlu diambil.
Melalui Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi ilmu mengenai pemberian ubat bontot kepada anak demam. Beliau menjawab 5 perkara yang selalu jadi tanda tanya pada ibu bapa. Semoga perkongsian ini melenyapkan segala kekeliruan yang timbul dalam fikiran ibu bapa.
SOALAN 1
“Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak saya tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”
Istilah yang betul bagi “ubat bontot” atau “ubat peluru” adalah suppostori (supp). Jika anak anda demam, dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri sup Paracetamol(PCM). Maknanya, ia ubat(bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.
SOALAN 2
“Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?”
Jika suhu sudah 38°C, boleh sahaja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM. Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutamanya, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan, atau ketika anak sedang tidur.
SOALAN 3
“Masukkan sebiji sahaja cukup kan?”
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg. Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut.
Umur 6 bulan-4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
⚠ Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.
⚠Adakala doktor beri supp Voltaren(NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor beri kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren adalah 0.5-2mg/kg.
SOALAN 4
“Doktor, macam mana cara yang betul nak beri supp PCM ni?”
1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.
2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.
3. Buka pembalut supp PCM, dan pasukan supp itu dengan air atau KY jelly(pelincir) jika ada.
4. Masukkan(tolak) bahagian supp yangvtajan ke dalam dubur sehingga masuk kesemuanya.
SOALAN 5
“Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?”
Simpan supp PCM di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak. Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing). Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, serta mati pucuk.
Ya itu sahaja. Maaf panjang sangat penjelasan ni. Moga bermanfaat.
6 kategori makanan ini sememangnya sudah ada kajian dibuat yang mana cukup berkesan untuk menguatkan sistem imuninasi dan anti virus yang diperlukan terutama ketika wabak virus Covid19 sedang merebak.
Perkongsian ini dibuat oleh Dr. Noordin Darus yang memang selalu berkongsi tip pemakanan dan kesihatan di platform media sosial beliau
Menurut Dr. Noordin makanan ini boleh diambil secara bergilir-gilir setiap hari dalam seminggu untuk mencukupkan keperluan tubuh.
1. Vitamin C
Vitamin C memang diketahui khasiat yang diperlukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan penyakit dan virus yang sedang melanda ketika ini. Boleh dapatkan vitamin ini dari buah dan sayur berikut:
Buah
Guava atau jambu, buah amla, kiwi, buahan sitrus seperti oren, limau, lemon, belimbing, pisang kaki, limau bali, mangga, nenas, durian belanda.
Sayur
Sayuran hijau – cili hijau, merah, capsicum (hijau) brokoli, tomato, bayam, kangkung, ulam, sawi, daun kari.
2. Vitamin D
Ambil yang percuma iaitu dari sinar matahari, atau ambil dari makanan- cendawan, almond, santan, susu soya organik, taufu,telur, ikan liar bukan dalam sangkar.
3. Zink
Cuma perlu sedikit, at least segenggam biji labu, dark coklat yang tiada atau sedikit gula bukan hot chocolate, latte, mocha) bawang putih, sesame seed, kuaci, bijan, kacang kuda.
4. Selenium
Kacang brazil (cuma 2 biji sehari), biji bunga matahari (satu gengam), kacang pinto, bayam (3 cawan sehari), cendawan shitake
5.Magnesium
Khasiat magnesium diperlukan sedikit saja tapi ia berguna untuk 300 jenis fungsi badan kita contoh jantung, gigi dan lain-lain. Ia juga hilangkan masalah pernafasan, murung, sedih.
Magnesium boleh didapati dari bayam merah atau hijau, avokado, moringa, lentil, kidney bean, kacang panjang, biji labu, chia seed, biji selasih, dark chocolatte, almond, kacang brazil.
6. Cendawan
Cendawan shitake, lingzhi, di Malaysia ada tiger milk mushroom/ cendawan susu harimau, yang bagus untuk paru-paru, batuk.
Amalkan pemakanan di atas yang mana kebanyakannya mudah untuk diperolehi dan juga murah.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...