Kuih kaswi ini ramai peminatnya, dengan rasa lemak manis dan kelapa parut memang sedap.
Cuma kita tak rajin nak buat kuih ini kerana sangka penyediaannya remeh. Tapi sebenarnya cara buat kuih kaswi ini mudah saja. Memang boleh sangat kita buat.
Dikongsi oleh Mariana Zainal ini cara buat sendiri kuih kaswi gedik.
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula merah timbang (yang serbuk bukan yang ketul) + 2 sdb gula pasir
4 1/2 cawan air
1 sdt air kapur
Kelapa parut – digaul dengan sedikit garam (kukus 2-3 minit supaya lambat basi)
Cara membuat
1. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak masak dalam loyang saiz 8. Nak cantik boleh letak dalam acuan kecil.
2. Satukan gula merah, gula, air dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.
3. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur. Tapiskan air gula yang suam tadi. Kacau sebati dan tapis ke dalam loyang.
4. Kukus selama 30 minit menggunakan api perlahan. Jika ada air bertakung, tuang perlahan-lahan atau buang guna sudu. Kemudian kukus semula guna api besar selama 5 minit untuk keringkan air di permukaan kaswi.
5. Biarkan benar-benar sejuk baru potong guna pisau plastik. Gaul dengan kelapa parut yang sudah digaul dengan sedikit garam.
Selamat mencuba
Sumber: Mariana Zainal