
Banyak pulak sekarang lalu lalang di timeline sosial media gambar kuih kaswi pandan ni. Rasa kuih ini memang sedap, tambah pula bila nampak cantik ramai yang teruja nak buat.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Nor Aini Abd Rahman. Guna dua cawan tepung dapat 24 biji kuih ni. Berbaloi buat, tapi tapi pastikan ikut langkah ini baru dapat yang lembut dan bergedik.
Cara buat kuih kaswi pandan lembut bergedik dan kenyal
Bahan-bahan
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapis.
2. Acuan sapu dengan sedikit minyak, isi adunan sehingga penuh acuan.
3. Kukus selama 15 minit.
4. Bila kuih kaswi dah masak tunggu hingga betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan (beli di Shopee saja, SINI)
5. Kemudian barulah ditabur dengan kelapa parut yang dikukus seketika supaya tak cepat basi. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Aini Abd Rahman
Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!

Isi Kandungan
TogglePenggunaan kain batik sebenarnya sangat selesa dipakai terutamanya apabila selesai mandi sebelum menukar kepada baju sedia ada.
Malah sebenarnya kain batik menjadi kemestian bagi kaum wanita pada zaman dulu untuk dijadikan kain basahan atau sebagai penutup kepala jika keluar rumah

Namun tahukah kita cara pemakaian kain batik yang betul diamalkan masyarakat hari ini.
Tahukah kita rupa-rupanya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza-beza mengikut maksud dan tujuann.
Perkara ini dijelaskan oleh seorang wanita, Siti Izwana Shaikh Ismail yang juga obses kepada pemakaian kain batik ini.
Menurutnya ada yang bertanya kenapa sangat kisah dengan penggunaan kepala kain batik ini.
Sebaliknya mempersoalkan di mana bahagian kaki dan kepala pada setiap kain batik dipakai.
Tambahnya lagi setiap kain batik ada cara untuk memakainya dan bukan main ‘sebat’ saja.
Ini kerana jika salah pakai, membawa maksud yang salah dan akan mendatangkan bahaya.
Namun dia juga tidak menolak anggapan bahawa orang zaman sekarang tidak tahu apa maksud sebenarnya penggunaan kepala kain batik berkenaan.
Anyway, ini maksud-maksud kalau kita pakai kepala kain itu:
Belakang = Bini orang
Depan = Anak Dara
Kiri = Balu
Kanan = Janda
Kepala kain itu yang mana????
Yang ini…

Yang mana anak dara atau bujang, jangan pula pakai kepala kain di belakang.
Nanti bising tak ada orang datang meminang.
Dapat sesuatu????
#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai

Tip Penjagaan Kain Batik Cotton
1. Ketika anda membasuh, anda perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan ‘bleach’ atau sabun yang mempunyai bahan kimia yang keras selain daripada sabun mencuci baju anda. Elakkan juga penggunaan pelembut fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan fabrik ataupun kain batik cotton anda.
2. Kain batik atau apa – apa sahaja jenis kain akan menjadi cepat reput sekiranya anda merendam kain tersebut terlalu lama. Jangan biarkan ia begitu sahaja ketika membasuh, sebaiknya teruskan aktiviti mencuci anda sehingga kain tersebut dijemur.
3. Anda perlu mencuci setiap kain anda secara terbalik, iaitu pastikan bahagian yang berwarna dan bercorak berada di bahagian dalam. Hal ini kerana, ia adalah untuk mengelakkan kain anda daripada terkena sabun mencuci baju secara langsung. Sabun ini bersifat panas dan boleh melunturkan warna pada kain batik anda sekiranya ianya digunakan dalam jangka masa yang lama.
4. Cara basuhan yang terbaik untuk kain batik cotton adalah menggunakan tangan. Hal ini kerana, cucian tangan merupakan salah satu cara basuhan yang paling lembut dan ini membolehkan anda untuk menjaga kualiti dan juga corak dan warna kain batik cotton anda.
5. Anda boleh menggunakan berus ketika anda mencuci kain batik cotton anda, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan apa – apa berus dan hanya menggosok lembut menggunakan tangan untuk mencuci kain anda. Namun, anda masih boleh menggunakan berus yang diperbuat daripada bahan yang lembut.
6. Anda juga perlu mengeringkan kain batik cotton anda dengan menggunakan tangan tetapi adalah diingatkan bahawa anda perlu memerah dengan lembut dan tidak terlalu kasar ketika memerah kain batik cotton tersebut.
7. Cahaya matahari bukan sahaja merbahaya kepada manusia dengan sinaran UV yang merbahaya, malah ianya juga boleh memberikan kesan kepada kain batik cotton anda. Sinaran cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan warna pada kain anda mudah luntur dan juga menyebabkan benang anda mudah reput.
Artikel berkait:
Teknik Urus Kain Baju Tak Berlipat Yang Menimbun Dalam 10 Minit Je
DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Jimat & Kemas
Sumber: ProfHariz.com
Cara Buat Kek Pandan Kampung, Bakar Atas Dapur Gas Saja

Walau pun ada macam-macam resipi kek yang baru tapi kek kampung juga selalunya jadi pilihan kita. Tanpa krim, atau cheese tetap sedap dan tak muak makan.
Kek pandan kampung ini salah satu daripadanya. Nak buat pun mudah, boleh masak atas dapur gas saja. Takde oven pun boleh buat.
Caranya dikongsi oleh Azrina Rina.
Cara buat kek pandan kampung mudah, bakar atas dapur gas
Bahan A
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1sb ovelatte
1/2 cawan santan pekat (boleh pakai santan segera)
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit perisa pandan
200 gm unsalted butter lurpark – dicairkan (saya guna Buttercup saja)
Bahan diayak:
1 1/2 cawan gandum
1 sk baking powder
1/2 cawan tepung jagung
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan A dan putar guna mixer sampai gebu.
2. Kemudian masukkan butter (suam ) yang dicairkan. Kacau sebati guna senduk saja.
3. Lapis loyang dengan baking paper kemudian tuang adunan.
4. Masukkan loyang dalam periuk atau kuali besar dan tutup. Letak atas dapur gas dan bakar menggunakan api kecil selama 45 minit.
INFO: Jangan letak air pula ya dalam periuk atau kuali, nanti jadi kek kukus pula.
Dah siap kek pandan.
Selamat mencuba.
Sumber: Azrina Rina
Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.
Cara Tut Pokok Buah Paling Mudah & Ringkas, Belah Dahan & Rendam Dalam Botol, Tunggu Akar Keluar

Salah satu cara supaya pokok buah yang kita tanam cepat berbuah dan lebat hasilnya adalah dengan menanam pokok yang ditut. Ramai yang beli saja pokok buah yang siap tut kerana menyangka kaedah ini susah dilakukan.
Sebenarnya ada cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya. Tak perlu modal dan kita sendiri boleh buat pada pokok buah yang ada di rumah. Teknik tut mudah ini dikongsi Ari Ayie.
Teknik tut pokok mudah, beberapa minit saja dah siap!
Teknik tut pokok yang dikongsikan oleh seorang sahabat saya ini memang mudah dah ringkas. Hanya beberapa minit dah selesai.
Bahan yang diperlukan cuma botol plastik, penggalak akar dan air hujan. Caranya boleh rujuk pada gambar rajah di bawah;
1. Sediakan botol plastik yang dilubangkan bahagian atas.
2. Cari dahan pokok yang sesuai, potong dan belah hingga separuh dahan.
3. Kepak sedikit belahan dahan tadi dan masukkan dahan terbelah tadi ke dalam lubang botol. Ikat kemas botol pada dahan menggunakan cable tie supaya tak beralih.
4. Isikan botol dengan air hujan (saya guna air paip saja) dan juga penggalak akar atau CIRP
5. Insya-Allah sebulan akan keluar akar dan boleh dialihkan ke polibeg.
Ini hasilnya selepas sebulan, dah sedia untuk dialihkan.
Boleh cuba tut sendiri pokok buah yang ada di rumah ya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ari Ayie.