Kuih lapis ini ramai peminatnya, budak-budak pun suka. Boleh makan waktu pagi dan juga petang.
Nampak macam remeh nak buat tapi sebenarnya mudah saja, nak lagi senang ikut sukatan cawan. Gerenti jadi.
Boleh ikut resipi ini yang dikongsi oleh Shameema Ahamed ini, katanya sudah banyak kali membuat kuih ini guna resipi yang sama dan ia tak pernah mengecewakan.
Buat kuih lapis guna sukatan cawan lagi mudah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula (nak lebih manis tambah 1/4 cawan lagi ke dalam adunan)
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1/2 cawan susu cair (saya guna santan cair)
3 cawan air
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat
Ads
1. Mula-mula, panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara itu sapukan sedikit minyak pada loyang.
2. Satukan santan, susu cair, air, gula dan garam. Kacau perlahan-lahan sampai larut.
3. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan ke dalam bancuhan santan tadi. Kacau sebati kemudian tapis ke dalam bekas lain.
Ads
4. Bahagikan adunan yang ditapis kepada 2 atau 3 bahagian ikut warna yang mahu digunakan. Bahagikan sama rata. Boleh guna senduk.
5. Kemudian titiskan warna pada adunan yang dah dibahagikan tadi.
6. Dah boleh mula kukus, letak loyang ke dalam pengukus dan tuang adunan untuk lapisan pertama. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain supaya air tak menitis.
7. Kukus selama 5 minit setiap lapisan, guna api yang kuat. Kemudian boleh buat lapisan kedua dan seterusnya.
Ads
8. Untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit. Kukus sekejap selama 15 minit.
9. Sejukkan sebelum dipotong. Potong guna pisau plastik.
Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah balik ke kampung untuk beraya dalam tempoh lama. Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.
Modal cuma plastik & getah
Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
Caranya:
1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Bagi yang tinggal di kediaman agak sempit idea yang dikongsi oleh Nasibah Ramly ini amat praktikal.
Bila kediaman sempit hatta nak letak ironing board akan jadi masalah. Letak dalam bilik ‘makan ruang’, letak di luar tamu rumah nampak tak kemas pula.
Penyelesaiannya boleh tiru cara ini, foldable ironing board di sebalik cermin. Bila nak guna tarik saja.
Bagi yang nak cuba buat boleh ikut langkah dikongsi oleh Nasibah.
Rumah kami kecil jadi ini penyelesaiannya
Rumah kami kecik, ruang amatlah terhad. Penyelesaiannya di sebalik cermin kami letak ironing board.
Bahan yang diperlukan
Ironing board
Plywood tebal 9mm
Wallpaper
Cermin
Gam
Cara membuat
1. Untuk buat kotak, guna plywood tebal 9mm (6mm pun boleh). Kat rumah dah ada saiz tu yang terpakai dah potong-potong. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung. Kotak dah siap pasang balut dengan wallpaper yg beli di kedai Eco.
2. Ironing board tu saya guna yang biasa. Cuma kaki dah diubahsuai. Saya guna 1 kaki saja untuk buat penahan, 1 kaki lagi tak perlu guna.
3. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
4. Bahagian depan saya tampal cermin guna gam yang saya beli dari MR DIY (gam warna kuning ada pistol).
5. Tempat letak seterika dicabut dan disangkut pada dinding.
Bila nak guna, buka dan tarik.
Selesai guna, angkat ironing board dan sangkut dalam kotak macam ni dan tutup.
Sardin dalam tin ini selalu jadi lauk hujung bulan kita. Biasanya kita masak sambal, digorang atau dijadikan gulai.
Tapi lepas ini boleh cuba buat sardin masak kicap pula. Bagi yang tak pernah dengan atau merasainya boleh masak ikut resipi perkongsian Amira Johan ini
Cara buat sardin masak kicap pedas pun
Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong
Cara memasak
1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana
3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).
4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...