Rasa nak makan kuih lopes tapi mengenang nak buat leceh kena kukus, gulung dalam daun pisang dan sebagainya terus tak jadi buat.
Tapi sebenarnya ada cara lebih senang dan cepat untuk buat kuih lopes ini. Masak guna rice cooker saja. Hasilnya tetap sama, sedap dan menyelerakan. Cara ini dikongsi oleh Shahera Ilani
.1. Sediakan bahan untuk pulut iaitu;
-2 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
-1 cawan santan cair
-1 cawan air
-1 cawan air daun pandan
-Sedikit garam
-Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
2. Masak semua bahan di atas dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
3. Sediakan kelapa parut secukupnya kemudian kukus sekejap. Bila dah sejuk gaulkan dengan sedikit garam.
4. Ambil pulut yang dimasak dan padatkan atau rata atas dulang. Jangan nipis sangat ya. Kemudian gunakan gelas untuk bentuk menjadi bulat. Kemudian gaul dengan kelapa parut. Susun dalam bekas.
5. Seterusnya sediakan bahan untuk membuat air gula;
-1 keping gula melaka
-1 cawan gula perang
-5 cawan air
-1 helai daun pandan
6. Masak semua bahan air gula ini di atas dapur hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian bolehlah hidang bersama kuih lopes tadi. Mudah kan.
Selamat mencuba.
Sumber: Shahera Ilani