
Ini antara masak lemak paling senang nak buat. Tapi hasilnya punyalah sedap. Labu masak lemak ini tak boleh banyak lauk, gabung dengan ikan goreng dah mantap.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah
Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangn kedekut santan).
Cara membuat:
- Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Buat Sendiri Bawang Goreng, Stail Mak. Tiada Bahan Tambahan Tapi Tetap Rangup

Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.
Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.
Bawang goreng stail mak
Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.
1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.
2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.
5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

- Tip dari mak
Bila warna bawang dah mula kekuningan bolehlah perlahankan api gas supaya tak hitam dan hangus. Sini lah biasanya orang terlepas pandang sebab hitam bawang itu akan jadi pahit, tak sedap. - Sentiasa kacau bila dah perlahankan api sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.
Selamat mencuba.
Sumber: Ahmad Salehuddin Amirwan.
Buat Sendiri Laksa Beras, Mudah Saja. Bancuh Tepung & Kepal, Masuk Dalam Acuan Maruku

Bagi peminat laksa, boleh belajar buat laksa beras sendiri. Laksa beras homemade ini lain teksturnya, lebih kenyal dan padat. Namun boleh hidang dengan apa juga kuah laksa sama ada kuah laksa utara atau laksa lemak putih. Tetap sedap.
Cara membuatnya dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie yang menggunakan acuan maruku saja untuk membuat laksa beras.
Cara buat laksa beras
Bahan-bahan
4 cawan tepung beras cap Teratai
3 sudu makan tepung ubi (membukit)
3 sudu makan tepung gandum (membukit)
3 cawan air panas mendidih
Secubit garam
Cara membuat
1. Letak tepung dalam bekas.
2. Larutkan garam dengan air panas kemudian tuang sedikit demi sedikit air panas ke tepung sambil kacau dengan senduk.
3. Kalau rasa keras tambah sikit air panas.
4. Tekan-tekan doh dan kepal jadi ketul. Waktu kepal sapu tangan dengan minyak.
5. Masukkan doh yang dikepal dalam acuan. Saya guna acuan maruku.
6. Sebelum itu panaskan kukusan terlebih dahulu.
7. Bentukkan laksa buat sampai habis dan terus kukus dalam 20 minit.
8. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit. Kemudian buang air dan tambah air baru.
9. Kacau laksa supaya terlerai antara satu sama lain dan terus tapis.
10. Siap, boleh makan segala jenis kuah laksa sama ada laksa utara, laksa lemak kuah putih atau laksa kuah kari.
Selamat mencuba.
Sumber: Roslina Shaari Ina Kie
Artikel berkait: Cara Buat Laksa Yang Rasanya Macam Ala D Laksa. Guna Pes Ini & Sardin Tin Saja, Senang & Sedap!
Subscribe YouTube channel Vanilla Kismis untuk video menarik
Masuk Kereta Jangan Terus Start Enjin, Tunggu Meter Fuel Pump Naik Dulu! Ini Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleFuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten bagi membolehkan enjin kereta beroperasi dengan baik.
Disebabkan ia penting maka, kita pun kena jaga sebaiknya supaya tak cepat rosak. Lagi pula kos membaiki atau penggantian fuel pump ini pun boleh tahan juga.
Bagaimana tanpa kita sedar rupanya pun ada dua kebiasaan yang selalu lakukan sebenarnya menjadi penyebab fuel pump tak bertahan lama. Dikongsi oleh James Alatin, dua perkara ini memang selalu kita buat.
1. Masuk kereta terus start enjin tanpa tunggu meter fuel pump naik.
Cara ini salah ya! Bagi memastikan fuel pump tahan lama ketika masuk kereta jangan terus buka enjin. Masukkan kunci dulu, pulas tapi jangan start enjin dulu. Tunggu meter fuel pump naik, baru start enjin.
@james_alatin Tips Penjagaan Fuel Pump #james_alatin #Alatin #education #tiktokmalaysia #tahukahanda #tinted #cermingelap #windowfilm #carmalaysia #fypシ ♬ original sound – James_Alatin
2. Tunggu sampai lampu indikasi menyala baru isi minyak
Ramai yang buat begini. Dah tahu minyak sikit tapi tak isi juga. Tunggu lampu indikasi ini menyala baru isi. Jangan amalkan.
Tindakan ini akan memudaratkan fuel pump kereta. Jangka pendek mungkin tak jadi masalah tapi masalah akan muncul dalam jangka masa panjang.
@james_alatin Tank Petrol Kosong Fuel Pump Rosak#Alatin #james_alatin #education #tiktokmalaysia #tahukahanda #tinted #windowfilm #cermingelap #carmalaysia #fypシ ♬ original sound – James_Alatin
Bagi menjaga fuel pump pasti minyak/petrol pada tahap yang ideal. Sekiranya minyak berada pada tahan yang rendah, ia secara tidak langsung menyebabkan fuel pump menahan haba tambahan yang boleh merosakkannya.