Cara Buat Labu Masak Lemak, Lauk Paling Mudah. Tak Guna Bawang & Cili Tapi Tetap Sedap

Share

Ini antara masak lemak paling senang nak buat. Tapi hasilnya punyalah sedap. Labu masak lemak ini tak boleh banyak lauk, gabung dengan ikan goreng dah mantap.

Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha.

Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.

Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah

Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangn kedekut santan).

Cara membuat:

  1. Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya

2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.

3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.

Selamat mencuba.

Sumber: SuiSan Aliezsha

Published by
VK