Cara Buat Lasagna Yang Mudah Dan Sedap Sangat, Guna Roti Keping Saja

Share

Sesekali untuk hidangan di rumah cuba pula menu western. Buat yang mudah dan ringkas tapi sedap. Antaranya lasagna.

Nak lagi senang boleh ikut resepi Sha Farina ini. Hanya guna roti keping saja. Boleh hidang untuk makan petang ataupun malam. Tengah hari pun apa salahnya.

Cara buat roti lasagna yang sedap sangat

Bahan-bahan
Roti keping (tak kisah apa brand sekali pun)
Susu
Telur
Mentega
Keju
Sos spageti (apa-apa jenama pun boleh)
Daging
Cendawan

Cara buat roti lasagna

1. Bancuh susu dan telur.

2. Buat kuah spageti mengikut selera masing, boleh letak daging dan cendawan. Dah siap sejukkkan.

3. Lengserkan loyang dengan mentega.

4. Celup roti dalam bancuhan susu & telur kemudian letak dalam loyang.

5. Letak kuah spageti atas roti.

6. Kemudian letak roti di atasnya dan lapis dengan cheese slice.

7. Ulang langkah 4 dan 5 hingga 3 lapisan.

8. Lapisan atas sekali taburkan parutan cheese.

9. Tuang lebihan susu & telur jika ada baki.

10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c atau ikut oven masing-masing.

Siap

Selamat mencuba.

Sumber: Sha Farina

 

Published by
VK