Cara Buat Lauk Bujang Telur Mata Sambal Hijau. Kuning Telur Biar Cair Lagi Mantap

Share

Lauk bujang macam ni sebenarnya lagi sedap. Satu lauk saja, makan dengan nasi dah cukup. Tapi awas kalau berdiet lauk telur mata sambal hijau ini boleh buat kita menambah.

Dikongsi oleh Cheyah Saripuddin cara membuatnya memang tersangatlah senang. Untuk lagi sedap bahagian kuning telur buat cair supaya meleleh. Memang enak gaul dengan nasi.

Cara buat lauk bujang- telur mata sambal hijau

Bahan-bahan

15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka

Cara membuat

1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.

2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. Pecahkan telur dalam bekas lain kemudian baru tuang dalam tumisan (ini cara untuk pastikan telur yang digunakan masih elok tak busuk).

4. Biarkan telur masak ikut cita rasa. Nak bahagian tengah cair atau masak terpulang. Nak berkuah boleh tambah air pun boleh tapi saya tak tambah.

Siap sedia dimakan bersama dengan nasi.

Sumber: Cheyah Saripuddin

 

Published by
VK