Selain buat cekodok pisang, pengat pisang untuk makan petang boleh juga ubah citarasa buat lengat pisang. Ia antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa sekarang.
Sedap manis berlemak dan cara membuat lengat pisang ini juga mudah hanya menggunakan empat bahan saja. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari buat cekodok pisang. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Ads
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
Ads
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
Ads
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.
Nak tanam sayur cara mudah boleh guna cara ini. Boleh mulakan dengan sayur kangkung. Tanam sayur guna botol air mineral saja.
Jika di rumah ada banyak botol plastik ini, boleh guna semula untuk buat tanam sayur. Selain kangkung boleh juga guna cara ini untuk tanam sayur sawi atau bayam.
Cara penanaman ini semua sangat untuk mereka yang sibuk sebab tak perlu disiram namun, tanahnya tetap tak kering. Panduan penanaman kaedah ini dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik
Cara tanam kangkung dalam botol
Bahan diperlukan
Botol air 1.5 liter
Gunting
Pisau
Paku
Tanah
Biji benih kangkung
Cara membuat
1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.
2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.
3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.
4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.
5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.
6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.
7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.
Cara ini kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering. Lebih kurang sebulan usia kangkung sayur ini dah pun boleh dituai. Mudah kan.
Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.
Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.
“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.
Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.
Foto Nordin Anie
Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.
Penggunaan kain batik sebenarnya sangat selesa dipakai terutamanya apabila selesai mandi sebelum menukar kepada baju sedia ada.
Malah sebenarnya kain batik menjadi kemestian bagi kaum wanita pada zaman dulu untuk dijadikan kain basahan atau sebagai penutup kepala jika keluar rumah
1. Ketika anda membasuh, anda perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan ‘bleach’ atau sabun yang mempunyai bahan kimia yang keras selain daripada sabun mencuci baju anda. Elakkan juga penggunaan pelembut fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan fabrik ataupun kain batik cotton anda.
2. Kain batik atau apa – apa sahaja jenis kain akan menjadi cepat reput sekiranya anda merendam kain tersebut terlalu lama. Jangan biarkan ia begitu sahaja ketika membasuh, sebaiknya teruskan aktiviti mencuci anda sehingga kain tersebut dijemur.
3. Anda perlu mencuci setiap kain anda secara terbalik, iaitu pastikan bahagian yang berwarna dan bercorak berada di bahagian dalam. Hal ini kerana, ia adalah untuk mengelakkan kain anda daripada terkena sabun mencuci baju secara langsung. Sabun ini bersifat panas dan boleh melunturkan warna pada kain batik anda sekiranya ianya digunakan dalam jangka masa yang lama.
4. Cara basuhan yang terbaik untuk kain batik cotton adalah menggunakan tangan. Hal ini kerana, cucian tangan merupakan salah satu cara basuhan yang paling lembut dan ini membolehkan anda untuk menjaga kualiti dan juga corak dan warna kain batik cotton anda.
5. Anda boleh menggunakan berus ketika anda mencuci kain batik cotton anda, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan apa – apa berus dan hanya menggosok lembut menggunakan tangan untuk mencuci kain anda. Namun, anda masih boleh menggunakan berus yang diperbuat daripada bahan yang lembut.
6. Anda juga perlu mengeringkan kain batik cotton anda dengan menggunakan tangan tetapi adalah diingatkan bahawa anda perlu memerah dengan lembut dan tidak terlalu kasar ketika memerah kain batik cotton tersebut.
7. Cahaya matahari bukan sahaja merbahaya kepada manusia dengan sinaran UV yang merbahaya, malah ianya juga boleh memberikan kesan kepada kain batik cotton anda. Sinaran cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan warna pada kain anda mudah luntur dan juga menyebabkan benang anda mudah reput.
Kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan...