Bila hujan dan perut lapar, selalu teringat makan Maggi atau mee segera. Sama juga waktu tengah malam.
Layan Maggi waktu ini memang sedap. Dapat pulak Maggi kari tumis macam ni lagilah, sedapnya ya ampun… Bagi yang dah terliur boleh cuba buat ikut perkongsian Wan Luqman ini.
Cara buat Maggi kari tumis
Tumiskan bawang putih bersama bawang holland dan cili padi. Kuantiti Maggi ya.
2. Masukkan udang atau apa-apa rencah pilihan.
3. Masukkan sambal (saya guna ibu sambal) boleh guna saja guna sambal yang ada kat rumah, sambal tumis, sambal penyet atau sambal kicap. Gaul rata.
Ads
4. Masukkan air, kemudian masukkan perencah Maggi kari dan letak sedikit air limau.
Ads
5. Masukkan Maggi dan sayur pilihan. Besarkan api.
6. Sebelum mi lembut, perlahankan api, pecahkan sebiji telur. Kemudian kuat kan semula api.
Ads
7. Nak biarkan telur seketul pun boleh, nak kacau-kacau pun boleh. Saya pilih untuk kacau sebab nak bagi kuah pekat baru kenyang ya. Siap!
Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Ramai kalangan kita sekarang yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Dah tentu ia membimbangkan kerana ini yang menjadi punca banyak penyakit berbahaya. Masalah ini dialami baik yang muda atau yang sudah berusia. Malah sekarang yang bertubuh kurus pun ramai mengalami masalah kolesterol tinggi.
Namun perkongsian daripada seorang doktor ini mungkin boleh memberi panduan untuk mereka yang berdepan masalah ini. Bertemu dengan seorang pesakit yang mempunyai bacaan kolesterol yang sempurna pada usia 51 tahun dia turut mencungkil rahsia yang diamalkan oleh lelaki tersebut.
10 rutin miliki bacaan kolesterol cantik
Jarang sangat saya nak jumpa bacaan kolesterol perfect macam ni. Umur encik ni 51 tahun pulak tu. Kita yang muda belia pun takut nak tengok bacaan kolesterol sendiri kan.
Ini cerita setahun yang lepas. Tapi sampai sekarang saya masih kagum, dan masih ingat setiap nasihat dan saranan yang beliau beri. Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut.
Ada 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari. Cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk makan sampai kenyang.
3. Makan bila lapar, bukan sentiasa kena ada makanan untuk dimakan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis bergula. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut kering.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi, terutama anak-anak kecil kesayangan kita.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita. Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik konsultasi, saya siap tanya lagi, “Encik ada makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu sangat untuk kita contohi.
Kita perlu mula dari sekarang. Tak dapat buat semua, buat separuh pun jadi.
Ajak anak-anak kecil kita juga, untuk sama-sama mula ubah gaya pemakanan kepada yang lebih sihat.
Biasanya bila drill dinding untuk pasang rak pada dinding, penyangkut baju atau gantung frame gambar kita akan buat sendiri saja. Cuma waktu nak buat kerja ini kena tengok masa juga takut ganggu jiran dengan bunyi bising.
Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk kurangkan bunyi dan mudahkan drill dinding konkrit. Caranya pastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh Wak Saien yang dikongsi melalui Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Nak gantung frame, penyangkut baju. Akak-akak pun boleh buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Harga tak sampai RM10.
Untuk lebih jelas boleh klik SINI untuk tonton video yang dikongsi Wak Saien.
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Klik SINI untuk beli mata drill di Shopee. Pilihan lain klik SINI
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...