Cara Buat Maggi Kari Tumis, Sedapnya Ya Ampun! Layan Waktu Hujan, Tengah Malam Memang Ngam

Share

Bila hujan dan perut lapar, selalu teringat makan Maggi atau mee segera. Sama juga waktu tengah malam.

Layan Maggi waktu ini memang sedap. Dapat pulak Maggi kari tumis macam ni lagilah,  sedapnya ya ampun… Bagi yang dah terliur boleh cuba buat ikut perkongsian Wan Luqman

ini.

Cara buat Maggi kari tumis

  1. Tumiskan bawang putih bersama bawang holland dan cili padi. Kuantiti Maggi ya.

2. Masukkan udang atau apa-apa rencah pilihan.

3. Masukkan sambal (saya guna ibu sambal) boleh guna saja guna sambal yang ada kat rumah, sambal tumis, sambal penyet atau sambal kicap. Gaul rata.

4. Masukkan air, kemudian masukkan perencah Maggi kari dan letak sedikit air limau.

5. Masukkan Maggi dan sayur pilihan. Besarkan api.

6. Sebelum mi lembut, perlahankan api, pecahkan sebiji telur. Kemudian kuat kan semula api.

7. Nak biarkan telur seketul pun boleh, nak kacau-kacau pun boleh. Saya pilih untuk kacau sebab nak bagi kuah pekat baru kenyang ya. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Wan Luqman

Published by
VK