Makan

Cara Buat Mee Kuah Stail Pantai Timur, Mee Masak Sekali Dengan Kuah. Lepas Masak Kena Terus Makan!

Share

Macam mee sup tapi bukan, kalau di pantai timur ia dikenali sebagai mee kuah. Ada juga yang memanggilnya mee rebus.

Cara membuat mee kuah ini memang ringkas. Tapi kena makan terus selepas siap masak kerana mee akan dimasak sekali dengan kuah. Memang sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman

Cara buat mi kuah stail pantai timur

Bahan-bahan

Mee kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam

Cara membuat:

1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.

2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.

3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.

 

4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).

5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.

6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.

7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.

Selamat mencuba

Sumber: Mohamad Ridhuan Othman

Published by
VK