Selain mi kuning, bihun atau pasta ada lagi satu pilihan mi yang boleh kita hidangkan iaitu mee sanggul.
Jika selalu menggunakannya untuk hidangan sup atau mi kicap, mi sanggup ini juga enak bila digoreng basah-basah. Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat mi sanggul goreng basah
Bahan-bahan
2 mee sanggul -direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan
Udang – dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato -belah 4 )
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap manis
Serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, tauge dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah.
Buat 6 Pes Masakan Mudah Ini Untuk Cepatkan Kerja Memasak Bulan Puasa
Bulan puasa kali ini satu famili ada di rumah, lauk untuk berbuka puasa mungkin kena 2 atau 3 jenis.
Jadi kalau nak mudah bahan memasak kena ready siap siap. Nak lagi senang standby jer pes macam yang dipraktikkan Awien Ariff.
Dia berkongsi cara membuat 6 jenis pes yang boleh menyediakan pelbagai hidangan dalam masa yang singkat dari sambal, masak lemak, goreng-goreng hinggalah ke ikan atau ayam bakar. Semuanya boleh! Kalau ada tetamu datang mengejut pun pun tak de masalah!
1.Pes Cili Kering
– Rebus cili kering dulu.
– Blend cili Kering, bawang besar, bawang putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih 10 biji
Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:
– Bihun Goreng
– Mee Goreng
– Kuew Teow Goreng
– Maggie Goreng
– Nasi Goreng
– Asam Pedas
– Sambal sotong
– Sambal udang
– Sambal ayam
– Sambal ikan
Contoh masakan: Sambal udang petai
1. Tumis PES 1 ( 3 SENDUK). MINYAK 5 SENDUK. Masak sambal kena guna banyak minyak. Nanti tak sedap.
2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
3. Masukkan Udang & Asam keping sedikit.
4. Rasakan dgn garam & perasa/gula.
SIAP!
Note: Cuci udang bersih-bersih kepala tu buang ok!
2. Santan Kotak
Kalau nak buat santan perah sendiri lagi bagus, letak kat dalam plastik bungkus masuk freeezer.
3. Pes Ikan Bakar
– Blend serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, Cili kering
– Ok yang ini korang agak je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan-bahan.
– Dah siap, please masak dulu ya. Masukkan garam, gula Melaka. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.
Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:
– Ikan Bakar
– Rendang ayam
– Rendang daging
– Rendang kerang
– Masak hitam
– Kerutuk
– Kuzi
– Ayam Masak Merah
– Ayam bakar
Contoh masakan : Ikan kembung bakar
Cara membuat:
1. Cuci ikan bersih-bersih.
2. Perap ikan guna PES 3.
3. BAKAR!
Nota: Kita niaga ikan & ayam bakar mmg pakai ni!
4. Pes Masak Lemak
– Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili akar warna hijau
– Bawang besar 3 biji
– Bawang putih 8 biji
– Halia seketul
– Kunyit hidup sebiji
– Cili Hijau (ikut nak pedas mana)
Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:
1. Masak lemak ayam,
2. Masak lemak daging
3. Masak lemak ikan
4. Masak lemak ikan masin
Contoh masakan : Masak lemak ikan masin
Cara membuat:
1. Tumis PES 4 (3 SUDU) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.
5. Pes Cili Api
– Cili, Bawang Merah (yang kecil), Bawang putih
– Cili 20 biji (kita guna cili akar je, rumah ni tak makan pedas)
– Bawang merah 10 biji
– Bawang putih 5 biji
INI KATEGORI PES SERBAGUNA.
Antara masakan yang menggunakan pes ini:
– Nasi Goreng
– Bihun Goreng
– Mee Goreng
– Maggie Goreng
– Sambal ayam hijau
– Ikan sambal cili api
– Segala jenis tumis boleh guna pes ni (tumis sayur etc)
Nota: Kita berniaga ikan & ayam bakar memang pakai ni
Contoh masakan : Sambal cili ikan kembung
Cara membuat
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Tumis pes 5 SENDUK sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.
6. Pes Kari Ayam/Ikan
– Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili, serbuk kari
– Bawang merah 20 biji
– Bawang putih 10 biji
– Cili merah 5 biji
– Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
– kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
– Serbuk kari ayam (3 peket kecil)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Of course kari ayam
2. Kari daging
3. Kari telur
4. Ikan Bakar Portugis
Sumber: Awien Ariff
6 Jenis Kasut Yang Jejaskan Kesihatan Tubuh, Kasut Flat Pun Bahaya!
Secara puratanya dalam setahun kita berjalan 245-292km. Jauh kan, sebab itulah sangat penting untuk mencari kasut yang sesuai.
Walaupun perlu ikut peredaran fesyen tapi kita kena cari kasut yang sesuai dan tak menyakitkan kaki. Berikut adalah 6 jenis kasut yang boleh menjejaskan bukan saja kaki tapi bahagian tubuh lain yang berkait.
Kasut runcing
Jenis kaki yang lebar memang tidak sesuai mengenakan kasut jenis ini. Ia akan terasa cukup ketat dan meletakkan banyak tekanan pada jari. Ia akan menyebabkan sakit saraf dan juga melecet. Jadi sebelum beli pastikan kasut betul-betul selesa untuk jari kaki.
Selipar buat kaki cepat letih
Ramai yang anggap inilah alas kaki yang paling selesa. Tak juga sebenarnya, ia banyak bergesel dengan ibu jari dan boleh menyebabkan melecet.
Di samping itu selipar juga boleh menyebabkan ketidakselarian pada buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Selain itu kaki juga akan cepat penat bila mengenakan selipar.
Kasut tumit tinggi jejaskan saraf
Memang nampak cantik bila memakainya tapi kesannya cukup besar pada kesihatan. Ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Bukan itu saja ia kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya mengakibatkan timbulnya masalah kesihatan pada kaki dan keseluruhan badan.
Akibat lebih buruk jika pemakainya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia boleh memberi tekanan berlebihan pada lutut dan juga tumit, pengelakangan kaki.
Kasut flat
Seperti selipar, ramai yang menyangka kasut ini paling selamat. Rupanya tidak, ini kerana kasut ini rata dan tidak diletakkan sebarang sokongan yang mana akan menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu di bahagian tengah kaki.
Ia boleh menimbulkan sakit pada bahagian lutut dan belakang badan. Untuk selamat, beli alas orthotic untuk membetulkan kedudukan kaki ketika memakai kasut ini.
Kasut untuk berlari atau running shoes
Kasut untuk berlari hanya dipakai bila kita berlari. Jika dipakai setiap hari kerana selesa ia sebenarnya akan memberi kesan kerana kasut jenis ini terlalu fleksibel dan juga lembut. Kasut atlet dengan bahagian tapak yang lebih keras adalah lebih sesuai.
Kasut jenis platform
Kasut jenis ni tak fleksibel dan mempunyai ruang yang terhad sedangkan kaki perlukan ruang untuk ia berasa selesa. Oleh itu kasut jenis itu tak seeloknya tidak dipakai selalu.
Sumber: Brightside.me
Simpan Lauk Mentah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost. Rasa Manis Lauk Pun Tak Hilang
Bila beli stok lauk mentah baik ayam, daging, ikan, sotong dan udang dalam kuantiti banyak selalu jadi masalah untuk kita simpan dalam freezer. Bila masuk dalam bekas plastik ruang penuh bersumbat kadang-kadang tak muat.
Kalau biasa hadapi masalah ini setiap kali beli lauk, boleh tukar cara simpan bahan mentah ini ikut cara yang dikongsi oleh Firda Ashaary.
Tak perlu guna bekas bertutup, guna plastik ziplock lagi mudah
Tip ini kata Firda diambil daripada adik jirannya. Katanya selama ini selepas siap cuci dan potong lauk mentah, dia akan mengasingkannya ikut kuantiti sekali masak dan simpan bekas bertutup.
Rupanya cara untuk jimat ruang dalam freezer dan mudah untuk defrost adalah menyimpan semua lauk ini dalam plastik ziplock.
Caranya, simpan lauk mentah yang dibersihkan dalam plastik ziplock ikut portion dan susun dalam freezer termasuk di rak tepi. Boleh guna ziplock jenis memanjang.
Cara defrost lagi mudah dan manis lauk kekal
Bila nak defrost, ambil plastik ini rendam terus dalam air. Tak perlu keluarkan lauk di dalamnya.
Cara ini proses defrost lebih cepat selain itu rasa manis lauk termasuk daging tak hilang kerana lauk masih kekal dalam plastik waktu direndam dalam air.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Firda Ashaary
Klik SINI untuk beli plastik ziplock