Mi kari memang ada banyak versi. Antara yang sedap adalah mi kari Ipoh. Rasanya memang berbeza, tak muak walaupun makan banyak. Kesedapannya terletak pada kuah yang menggunakan ikan bilis tamban.
Bagi yang nak cuba buat mi kari stail Ipoh ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Azaliza Tarmizi.
Kalau orang Perak mesti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh. Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.
Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan saja. Sedap dan tak muak, Cikgu Liza kongsikan resepinya kepada kawan-kawan yang ingin mencuba.
Bahan-bahan:
200gm ikan bilis tamban kering(rebus dengan 3 liter air. Toskan, simpan air rebusan. Kkannya dikisar halus)
8 sudu makan rempah kari daging
3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
5-6 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai dititik
2 batang akar daun sup diketuk
3 tangkai daun kari
1 ketul kiub ikan bilis(optional)
500gm santan
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
500gm tauhu pong dipotong 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Kisar bahan bertanda iaitu bawang merah dan bawang putih.
2.Tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, pelaga,serai & daun kari hingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.
6. Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
7. Masukkan santan & tauhu pong. Kacau rata dan sebati.
8.Perasakan dengan garam gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
Sedia dihidangkan dengan mi kuning, kuetiau atau bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Azaliza Tarmizi