Cara Buat Mi & Kuetiau Goreng ‘Kuali Besar’. Nak Lagi ‘Feel’ Bungkus Guna Surat Khabar

Share

Mi kuali besar ini biasanya kita jumpa di pasar malam. Bukan mi saja, ada juga kuetiau dan bihun.

Kalau dulu siap bungkus dengan kertas surat khabar, bila buka mi akan basah-basah sikit dan diletakkan sekali dengan cilik jeruk. Memang best.

Kalau ada yang teringin nak makan, buat sajalah sendiri di rumah, ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham. Mee goreng nostalgia katanya…

Cara buat mi goreng basah nostalgia

Bahan-bahan

Sepeket mi kuning(lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih-tumbuk halis
Bawang merah -tumbuk halus
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
kicap lemak manis

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak.Gorengkan 2 biji telur. Hancurkan secara kasar. Ketepikan.

2. Tambah sedikit minyak pada kuali, tumiskan bawang hingga garing kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak.

3. Masukkan isi ayam lalu kacau rata. Biar seketika.

4. Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau rata. Terus masukkan air rebusan ayam dan biar mereneh seketika (kepekatan kuah ikut citarasa)

5. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit kicap masin. Biar mendidih lalu masukkan tauhu dan telur.

6. Masukkan mi dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Kacau rata. Jika warna kurang tambah kicap lemak manis. Kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Cara buat kuetiau goreng ‘kuali besar’

Bahan-bahan

Sebungkus kuetiau (leraikan)
5 ulas bawang putih – cincang halus
10 ekor udang – buang kulit (kulit udang direbus ambil stok air rebusan)
Isi kerang(rebus)
Segenggam taugeh
Daun kucai
Kicap masin
Kicap lemak manis
Sos tiram
Cili kisar
Telor 2 biji
2 keping tauhu hiris

Cara memasak:

1. Goreng telur, hancurkan kemudian ketepikan.

2. Tumis bawang putih, bila keperangan masukan isi udang kemudian biar seketika.

3. Masukkan cili kisar, tumis sampai cili masak.

4. Masukkan kerang, sos tiram, stok rebusan kulit udang serta kicap masin sedikit. Kacau rata dan letak sedikit air.

5. Apabila air mendidih masukkan kuetiau lalu gaul rata sampai mesra.

6. Masukkan kicap lemak manis, gaul rata.

7. Masukkan tauhu dan telur, kacau rata. Bila warna dah cantik masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api.

Untuk mengimbas kenangan lama, boleh bungkus mi dan kuetiau siap masak ini dalam kertas kemudian hidangkan.

Selamat mencuba

Sumber: Emee Sham

 

Published by
VK