Ada masa kita buntu idea nak hidang apa waktu pagi atau petang. Asyik mi goreng, nasi goreng, cucur, nasi lemak tak pun roti.
Kalau dah ketandusan idea bolehlah cuba buat murtabak telur ini. Boleh buat untuk sarapan dan makan petang.
Idea resipi ini dari Fadhilah Khaulan yang katanya memang senang ‘yakmat’ dan bila buat berebut anak makan. Sesuai untuk mak-mak yang WFH yang nak cepat siap masak!
Cara buat popia telur yang senang ‘yakmat’
1. Sediakan bahan-bahan berikut
-Kulit popia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili api
-Telur
-Garam/perasa
Ads
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing. Kemudian garam, serbuk perasa n telur. Kacau sampai berketul. Pastikan guna sedikit minyak saja supaya kulit popia tak bocor.
3. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia dan bungkus ikut cita rasa. Boleh terus goreng gunakan minyak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Orang gemuk selalu dikaitkan dengan banyak lemak tapi tahukah kita bahawa kadar lemak yang tinggi bukan hanya berlaku pada golongan ini.
Mereka yang kurus keding juga selalu mengalami masalah yang dipanggil kolesterol tinggi.
Bahayanya, ia boleh menjadi punca serangan jantung dan juga strok. Jadi sebaiknya hati-hati dengan tanda-tanda berikut yang dipetik dari Portal My Healthy
1) Kebas Kaki
Kaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.
2) Sakit Dada
Apabila pembuluh darah sudah tersumbat, jantung tidak akan mendapat oksigen yang cukup dari darah. Oleh sebab itu, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.
3) Mengantuk
Paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.
4) Bintik Putih Kekuningan Bawah Mata
Bintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.
5) Letih
Badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat letih.
6) Sesak Nafas
Sesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paru-paru tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.
7) Badan Tidak Seimbang
Pesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan masalah pembuluh darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat pembuluh darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan.
Sekiranya merasai tanda-tanda ini segeralah dapatkan berjumpa doktor untuk rawatan.
Waktu PKP ini nak beli pisang goreng pun tak banyak gerai yang buka. Jadi kalau teringin memang kena buat sendiri.
Jika nak hasilkan pisang goreng yang rangup macam kita selalu beli di gerai boleh ikut resepi bancuhan tepung yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh.
Sukatan bancuhan tepung pisang goreng rangup
Musim PKP ini payah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yang rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Ini resipi abang saya yang berniaga hampir 15 tahun.
Bahan-bahan
Tepung beras 3 paket (1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telursebiji
Serbuk kunyit satu sudu
Bancuh bahan ini dengan air, jangan terlalu cair. Pekat sedang-sedang.
Masuk pisang yang dipotong dalam bancuhan dan goreng dalam minyak panas.
Bagi yang nak berniaga pisang goreng pun boleh guna resepi ini kerana kuantitinya banyak.
Nasi impit, kuah kacang memang hidangan wajib waktu raya. Boleh kata semua rumah ada menu ini untuk jamu tetamu.
Dapat pula kuah kacang yang pekat lagilah terangkat makan dengan nasi impit. Nak dapat kuah kacang yang sedap, pekat macam ni ada caranya. Boleh cuba ikut perkongsian Nurul Ateekah.
Cara buat kuah kacang sedap, pekat, terangkat!
Bahan-bahan:
500 gram kacang tanah(disangai atas api)
Minyak masak – 1 senduk
Air putih – 1 liter
Air asam jawa – 3 sudu
Gula putih – 250gram
Gula merah/melaka – 100gram
Garam – 1 sudu kecil
Cili kisar – 1½ senduk
Serai -2 batang
Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 Sen)
Bawang putih= 3 ulas
Lengkuas – 2 cm
Udang kering – 1½ sudu besar
Cara membuat:
1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api perlahan). Goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
2.Kisar atau blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih, serai sehingga halus. Boleh masuk sekali cili kisar.
3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak mengunakan api sederhana.
4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
5. Masukkan gula melaka atau gula merah. Gaul sebati.
6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam. Gaul sebati.
7. Masak mengunakan api sederhana sehingga kuahnya pekat. Masukkan gula putih dan perasakan ikut cita rasa.