Selain pizza, spageti, lasagna mushroom soup dan garlic bread antara hidangan western yang satu famili suka makan.
Tapi kalau makan di luar harga hidangan ini boleh tahan juga mahalnya. Sedangkan nak buatnya tak sesusah mana dan yang penting lagi sedap kalau buat sendiri. Tak perlu pun pakai sup segera dalam tin.
Garlic bread pula tak perlu beli roti Perancis bagai, pakai roti keping Gardenia itu pun boleh.
Mushroom soup paling sedap & senang
Resipi ini dikongsi oleh Fitri Norshakila Muhamad. Katanya sedap kalah mushroom soup restoren pizza yang popular tu. Sesuai dimakan pagi petang dan malam!
Bahan-bahan :
Ads
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 batang celery
1 paket cendawan shitake
1 paket cendawan (ikut suka jenis cendawan yang nak dimasukkan)
1 tin susu sejat
2 sudu Italian herbs
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
Tumis bawang putih dan besar.
Masukkan cendawan, celery yang dah dipotong kecil. Sebelum itu asingkan 5 biji cendawan shitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian.
Masukkan air sehingga paras semua bahan tenggelam. Masak hingga cendawan, celery dan layu. Tutup api. Sejukkan.
Blend bahan-bahan ditumis yang dah disejukkan tadi. Kemudian masuk dalam periuk, masak lagi.
Masukkan 1 tin susu sejat, cheese dan cendawan shitake yang dipotong dadu.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Cara buat garlic bread guna roti keping saja
Cara penyediaan garlic bread dari roti keping ini dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sangat.
Bahan-bahan:
Ads
1 pek roti jumbo Gardenia
Bawang putih – kuantiti ikut cita rasa
2 sudu makan daun parsley kering atau oregano
1 buku salted butter
Cara membuat:
Bawang putih ditumbuk kasar (saya lebihkan bawang putih). Saya tak bakar atau goreng, tumbuk terus lagi wangi).
2. Campurkan semua bahan hingga rata.
Ads
3. Sapu pada roti, bakar dlm suhu 180 ke 200 api atas bawah, bakar hingga warna bertukar perang dalam 15 ke 20 minit.
4. Siap, sedia dihidang dengan mushroom soup tadi.
Kebanyakan seterika atau iron kat rumah kita mesti ada kesan hitam ini. Kadang-kadang banyak sangat sampai kesan hitam ini melekat pula pada baju waktu menggosok .
Kalau dah tension tengok kesan ini boleh cuba 3 cara mudah di bawah untuk hilangkannya.
1. Cif & Eraser Sponge
Bahan yang diperlukan cuma pembersih Cif Cream dan eraser sponge/ magic sponge
Cara-caranya, letak pembersih pada iron yang penuh kesan hitam. Gosok rata menggunakan eraser sponge dan kita lihat kesan hitam iti tanggal melekat pada sponge tadi. Ulangi sehingga iron jadi bersih. Dah siap!
Kredit : Nor Chu via Kelab Kaki Deco Barang Eco/DIY
2. Guna garam
Tabur garam atas kertas atau aluminium foil kemudian panaskan seterika pada suhu paling maksimum.
Gosok atas permukaan garam sehingga kesan hangus tadi tertanggal.
3.Ubat gigi
Letak saja ubat gigi pada permukaan seterika yang hitam kemudian sental dengan kain. Tak perlu panaskan seterika jika gunakan cara ini/
Kesan kotoran akan tanggal semasa menyental. Ulang sehingga seterika bersih.
Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Pengamal perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi risiko penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan yang beliau amalkan bila memasuki usia 40-an.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Selalunya saya terus melakukan kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Saya cuma akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam macam cerita kawan-kawan.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang strok, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang tersergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi. Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Saya memang berhati-hati dengan makanan terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Milage servis kereta dah sampai masa tapi duit pula takde. Jadi guna sajalah dulu, dah gaji nanti baru buat. Mungkin ada dalam kalangan kita berdepan situasi ini.
Kereta memang boleh dipandu secara biasa tapi sebenarnya pemandu dan kenderaan sedang menanggung risiko. Terdapat lima risiko yang akan ditanggung sekiranya kita terlajak servis milage. Perkara ini dikongsi oleh team bengkel kereta @altimatesaujana.
Risiko milage servis kereta terlajak
1. Minyak enjin jadi kotor
Bila minyak enji kotor dan pekat ia tak mampu nak melincirkan dengan baik. Keadaan ini menyebabkan geseran tinggi hingga menjadi punca tahap kepanasan enjin lebih tinggi dari biasa. Bahaya!
2. Filter tersumbat penyebab masalah
Sekiranya terlambat servis kereta dari Waktu sepatutnya filter dalam kereta sama ada air filter, filter atau oil filter atau apa juga filter akan jadi makin kotor dan boleh jadi tersumbat. Ini juga akan memberi masalah pada komponen kereta
3. Tayar selamat atau tidak
Bila tayar tak diperiksa, kita tak tahu tekanan angin cukup atau tidak, keadaan tayar selamat atau tidak. Ia boleh membahayakan terutama bila hujan dan kereta boleh tergelincir.
4. Keadaan cecair kurang atau pekat
Jika tidak diservis kita tidak akan tahu keadaan minyak brek, coolant atau kereta yang menggunakan minyak power stereng. Boleh jadi cecair kurang atau pekat yang boleh menyebabkan komponen lain rosak contoh radiator tersumbat atau power stereng bocor.
5. Keselamatan ketika memandu milage servis terlajak
Risiko keselamatan mungkin terjejas kalau kereta terlajak Waktu servis. Kita tak tahu keadaan sistem brek, sistem suspension yang boleh mengakibatkan pemanduan terjejas.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.Antaranya rumah...