Selain pizza, spageti, lasagna mushroom soup dan garlic bread antara hidangan western yang satu famili suka makan.

Tapi kalau makan di luar harga hidangan ini boleh tahan juga mahalnya. Sedangkan nak buatnya tak sesusah mana dan yang penting lagi sedap kalau buat sendiri. Tak perlu pun pakai sup segera dalam tin.

Garlic bread pula tak perlu beli roti Perancis bagai, pakai roti keping Gardenia itu pun boleh.

Mushroom soup paling sedap & senang

Cara Buat Mushroom Soup Paling Sedap & Senang. Padan Dengan Garlic Bread Guna Roti Keping Saja, Lengkap!

Resipi ini dikongsi oleh Fitri Norshakila Muhamad. Katanya sedap kalah mushroom soup restoren pizza yang popular tu. Sesuai dimakan pagi petang dan malam!

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 batang celery
1 paket cendawan shitake
1 paket cendawan (ikut suka jenis cendawan yang nak dimasukkan)
1 tin susu sejat
2 sudu Italian herbs
Garam dan gula secukup rasa

IKLAN

Cara membuat:

  • Tumis bawang putih dan besar.
  • Masukkan cendawan, celery yang dah dipotong kecil. Sebelum itu asingkan 5 biji cendawan shitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian.
  • Masukkan air sehingga paras semua bahan tenggelam. Masak hingga cendawan, celery dan layu. Tutup api. Sejukkan.
  • Blend bahan-bahan ditumis yang dah disejukkan tadi. Kemudian masuk dalam periuk, masak lagi.
  • Masukkan 1 tin susu sejat, cheese dan cendawan shitake yang dipotong dadu.
    Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Cara buat garlic bread guna roti keping saja

Cara Buat Mushroom Soup Paling Sedap & Senang. Padan Dengan Garlic Bread Guna Roti Keping Saja, Lengkap!

Cara penyediaan garlic bread dari roti keping ini dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sangat.

Bahan-bahan:

IKLAN

1 pek roti jumbo Gardenia
Bawang putih – kuantiti ikut cita rasa
2 sudu makan daun parsley kering atau oregano
1 buku salted butter

Cara membuat:

  1. Bawang putih ditumbuk kasar (saya lebihkan bawang putih). Saya tak bakar atau goreng, tumbuk terus lagi wangi).
Selain itu:  Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kenduri, Guna Beras Biasa Saja

2. Campurkan semua bahan hingga rata.

Cara Buat Mushroom Soup Paling Sedap & Senang. Padan Dengan Garlic Bread Guna Roti Keping Saja, Lengkap!

IKLAN

3. Sapu pada roti, bakar dlm suhu 180 ke 200 api atas bawah, bakar hingga warna bertukar perang dalam 15 ke 20 minit.

4. Siap, sedia dihidang dengan mushroom soup tadi.

Cara Buat Mushroom Soup Paling Sedap & Senang. Padan Dengan Garlic Bread Guna Roti Keping Saja, Lengkap! Cara Buat Mushroom Soup Paling Sedap & Senang. Padan Dengan Garlic Bread Guna Roti Keping Saja, Lengkap!

Selamat mencuba!

Resipi perkongsian : Fitri Norshakila Muhamad & Nana Sabrina Sarsan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI