Nasi Kak Wok popular ini cukup dikenali di negeri Cik Siti Wan Kembang dan siapa yang pernah makan memang takkan lupa kesedapannya. Boleh teringat-teringat.

Kalau duduk di luar Kelantan tapi tekak terasa nak makan bolehlah cuba buat sendiri, ikut resipi Mazliza Ahmad. Nak lagi feel hidang atas kertas minyak.

Ayam goreng ala Kak Wok

Cara Buat Nasi Ala Kak Wok, Lengkap Dengan Ayam Goreng, Gulai & Sambal

Bahan:

7 atau 8 ketul ayam-potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa

Ads

Cara membuat:

  • Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam kemudian goreng garing

Sambal belacan

Cara Buat Nasi Ala Kak Wok, Lengkap Dengan Ayam Goreng, Gulai & Sambal

Bahan-bahan:

15-20 tangkai cili padi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 n buang biji
Garam, perasa dan gula

Ads

Cara membuat:

  • Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
  • Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
  • Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
  • Masukkan 3 atau 4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata

Gulai ala Kak Wok

Cara Buat Nasi Ala Kak Wok, Lengkap Dengan Ayam Goreng, Gulai & Sambal

Bahan:

Ads

Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 paket kecil rempah kari daging babas
1/2 paket kecil rempah kerutub Adabi
1 biji terung-potong kecik
3 atau 4 batang kacang panjang-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 kpng asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa

Cara membuat:

  • Bancuh kedua rempah dengan air
  • Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
  • Masukkan rempah dan tumis garing
  • Masukkan 1 mangkuk air.
    Masukkan tulang ayam dan sayur
  • Masukkan gula merah, gula, garam dan perasa
  • Masukkan asam keping dan santan
  • Seimbangkan rasa dan kepekatan kuah.

Hidang atas kertas minyak macam ni untuk lebih feel

Cara Buat Nasi Ala Kak Wok, Lengkap Dengan Ayam Goreng, Gulai & Sambal

Sumber: Mazliza Ahmad

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI