Nak makan sedap tapi cepat siap boleh buat nasi ayam Thai ini. Memang jimat masa sesuai untuk korang yang ada banyak kerja nak buat.
Jimat masa sebab nasi dan ayam dimasak sekali. Nak buatnya pun mudah.
Boleh ikut perkongsian dari Khas Fena.
Jimat masa sebab nasi dan ayam masak sekali!
Kalau korang rasa nak masak benda yang menjimatkan masa, Nasi Ayam Thai
ini memang sesuai sangat. Sebab ayam tu campak sekali beras, masak, siap!
Kalau nak tahu cara masak, boleh tengok resipi ada di setiap gambar ok.
Resipi ini sesuai untuk dua orang makan. Selamat mencuba!
1. Bahan untuk nasi & ayam
Ayam 4 ketul 2 inci halia dihiris Sebiji bawang besar dihiris 1 kiub ayam Akar ketumbar
2. Masukkan air dalam periuk, masukkan empat ketul ayam dan bahan bahan yang dah disiapkan tadi. Letak garam sikit. Didihkan sekejap. Tak perlu lama lama sebab nanti kita nak masuk ayam dalam rice cooker pulak kan.
3. Sambil ayam mendidih tu, basuh 2 cawan beras dan toskan air.
4. Masukkan 3 cawan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras tadi. Susun ayam atas beras dan masak nasi macam biasa. Simpan sikit air rebusan ayam untuk sup & sos.
Ads
5. Ini nasi yang dah siap dimasak.
6. Kita sediakan sos pulak.
Bahan-bahan: 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat 3 biji cili padi ditumbuk lumat (tiada dalam gambar) 3 biji cili padi dihiris halus Daun ketumbar dihiris halus
7. Masukkan 2 sudu makan sos cili Thai, saya guna brand Life. Kemudian masukkan 1 sudu teh kicap manis. Memang pakai sikit sebab kalau letak banyak nanti sos nampak gelap sangat & tak cantik.
Ads
8. Masukkan 2 biji jus limau kasturi. Letak garam sikit sesedap rasa. Gula tak perlu sebab sos thai tu sendiri dah manis.
Sos ini cair & kena ada rasa pedas masam manis masin yang seimbang okeh. Tapi lebihkan rasa pedas tu baru best.
9. Hias dengan sesame seed. Yang ni nak cantik je tak letak pun takpe. Okay siap sos.
10. Cara buat sup
Ads
Kita adjust air rebusan tadi untuk buat sup. Masukkan 1 sudu teh serbuk blackpepper.
Letak garam sikit. Biarkan mendidih sekejap. Lepas tu tabur daun sup masa nak
hidang. Done!
Setiap kali raya ramai yang bersemangat nak mencuba buat kuih raya. Salah satu kuih yang selalu masuk senarai untuk dicuba adalah semperit.
Tapi satu masalah bagi yang amatur untuk buat kuih semperit ini adalah bentuknya selalu tak menjadi. Pecah bunganya tak cantik, senget, bengkok dan tak sama. Dalam satu tray macam-macam bentuk ada. Lagi satu tangan pun cepat penat kerana tekan acuan.
Supaya bunga kuih semperit menjadi cantik dan tangan pun tak letih boleh ikut tip yang dikongsi oleh Shafika Safian ini. Caranya mudah cuma guna botol air mineral. Caranya seperti di bawah;
Tip kalau baru nak belajar buat semperit
Tip mudah untuk yang baru belajar buat semperit supaya bunganya cantik, tak bengkang bengkok.
1. Cari botol mineral 500ml dan potong bahagian atasnya.
2. Bila dan potong, letak acuan semperit yang dah berisi doh pada corong botol mineral. Ia akan jadi seakan ‘pemegang acuan’. Jadi sewaktu tekan doh semperit, ia tak bergoyang dan bentuk semperit akan jadi cantik.
3. Tapi pastikan botol dipotong tak terlalu pendek atau terlalu panjang. Boleh gunakan botol air mineral Sea Master sebab sesuai dengan acuan.
Inilah hasilnya bentuk semperit yang guna tip botol air mineral.
Cara buat semperit 3 bahan
Kalau nak cuba semperit yang mudah boleh guna resipi semperit tiga bahan ini;
Bahan-bahan:
250g Buttercup
500g tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah suku tin lagi jika mahu lebih manis)
Cara membuat:
Kacau butter dengan susu pekat manis
Gaul untuk sebati saja, jangan sampai kembang.
Bila dah sebati letak pewarna atau boleh juga jika nak warna asli.
Kemudian tambah tepung jagung dan uli sampai doh tak melekat pada tangan. Sekiranya doh lembuk tambah tepung jagung sedikit.
Kemudian bolehlah masuk dalam acuan dan gunakan kaedah yang dikongsi di atas.
Biasanya bila beli mi kuning atau kuetiau kita akan terus masak semuanya. Sebab kalau guna separuh dan simpan baki dalam peti sejuk, mi akan kering dan patah-patah bila di masak. Sudahnya hasil mi atau kuetiau goreng jadi tak cantik.
Kalau letak di luar pula takut berkulat. Jadi masalah pulak nak masak dalam kuantiti sedikit.
Sebenarnya untuk menyimpan kedua jenis mi ini dalam peti ais ada caranya. Barulah mi kuning dan kuetiau tak kering dan patah bila dimasak. Caranya boleh ikut perkongsian daripada Reen.
Cara simpan mi kuning dan kuetiau dalam peti ais
Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk mi atai kuetiau akan patah-patah semasa nak basuh kan. Susah nak dileraikan.
Saya share cara simpan mi kuning dan kuew teow supaya tahan lebih lama dan cantik bila nak masak.
1. Keluarkan mi atau kuetiau dari bungkusan, jangan basuh. Leraikan dan letak dalam bekas yang kering dan bertutup.
2. Letak minyak masak, sebatikan minyak dengan mi atau kuetiau dalam bekas tersebut.
3. Simpan bekas berisi mi dan kuetiau dalam peti sejuk.
Sebelum masak mi, basuh terlebih dahulu untuk buang minyak. Mi dan kuetiau tidak akan keras dan patas bila dimasak jika disimpan cara ini.
Sos bawang putih ini memang kena ada kalau makan shawarma dan kena letak lebih supaya lagi sedap. Nak cicah dengan ayam atau daging bakar boleh enak juga.
Selalu jumpa di kedai makanan Arab, sos bawang putih ini juga boleh kita buat sendiri malah boleh jadi pengganti mayones. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.
Cara buat sos bawang putih yang sedap
Cara membuat sos bawang putih ini dikongsi oleh Afiqah Hairi. Rasanya 99.99% sama dengan sos bawang puti yang ada di kedai Pak Arab. Bahan pun senang saja.
Sejak aku tahu buat sendiri sos bawang putih atau garlic sauce ini dah tak beli mayones. Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ini macam mana.
Ini yang dibuat sendiri, tekstur sama macam mayones. Rasanya pun 99.99% sama macm garlic sos kat kedai Pak Arab. Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Senang cakap garlic sauce ini lagi sedap dari mayones.
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih
1 bijik telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)
Cara membuat:
Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar.
2. Kisar lama baru dapat tekstur macam mayones.
3. Kalau nak buat stok gandakansaja nisbah bahan. Simpan dalam peti ais boleh tahan 3 bulan.